Wednesday, May 27, 2015

Pembangkang Diselar Kritik RMK-11 Tiada Langsung Kebaikan

27 Mei 2015, Kuala Lumpur : Setelah puas mendengar pelbagai dakwaan dan tohmahan berhubung Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dilontarkan pihak pembangkang, seorang anggota Parlimen kerajaan hari ini bertindak menempelak mereka yang disifatkan hanya pandai mengkritik. 
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/07/06/015580860.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menyelar tindakan anggota-anggota Parlimen pembangkang yang dikatakan berbahas seolah-olah tiada langsung kebaikan dalam perancangan lima tahun kerajaan itu.

“Saya mendengar hujah dalam dua tiga hari ini, nampaknya tiada pun dalam enam teras RMK11 ini boleh diterima pembangkang, saya hairan di negara lain pun ada pembangkang tapi tiada yang macam ini, mereka menyokong dasar kerajaan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Tetapi pembangkang di negara kita ini, kerjanya bangkang terus, sama ada kerajaan buat betul, dia kata salah, buat salah lagilah salah,” katanya ketika membahaskan usul RMK11 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Bung Moktar berkata sewajarnya, walaupun berada di pihak pembangkang, namun mereka sepatutnya menyokong dasar-dasar yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara, sekali gus bersama-sama menjayakan agenda pembangunan Malaysia.

Sindirian Bung Moktar mengundang reaksi bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); G. Manivannan (PKR-Kapar) dan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) yang mempertikaikan kaitan kenyataan itu dengan RMK11. 

Bung Moktar kemudian menjelaskan kepada dewan bahawa dalam melaksanakan RMK11, negara perlu mempunyai kekuatan dan kestabilan politik yang secara tidak langsung akan membawa kepada kekuatan ekonomi. 

Beliau berkata kerajaan sememangnya mempunyai kelemahan, namun ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam menjayakan setiap perancangan. 

“Lautan mana tidak bergelora, hati mana yang tidak terluka, tetapi kita tidak seperti pembangkang, tidak tuding menuding, kita bahas dan kita kemukakan pandangan,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment