Yayasan itu juga, kata Muhyiddin akan menjaga kebajikan guru dengan member keutamaan kepada guru yang memerlukan sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda.
Saturday, May 16, 2015
Kerajaan Setuju Tambah Baik Elaun Pengetua, Guru Besar – Muhyiddin
16 Mei 2015, Jitra : Bersempena dengan sambutan Hari Guru
peringkatkebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik
elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua
sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan
manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan berkuat kuasa 1 Julai
ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar, katanya.
“Penambahbaikan ini dibuat kerana pengetua dan guru besar memainkan
peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah
bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025,” katanya pada majlis perasmian sambutan Hari Guru 2015
peringkat kebangsaan di Dewan Wawasan, di sini.
Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan persetujuan terhadap cadangan
Kementerian Pendidikan untuk menambah baik elaun pengetua dan guru
besar.
Beliau berharap insentif itu dapat mendorong pemimpin sekolah untuk
terus meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan
sekolah dalam keberhasilan pelajar.
Prestasi pengetua dan guru besar akan sentiasa diukur melalui
Petunjuk Prestasi Utama (KPI), malah pencapaian KPI juga menjadi
pengukur kesesuaian penyandang terus menduduki jawatan tersebut,
katanya.
Muhyiddin juga mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menyeragamkan
had umur pegawai awam untuk mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor
Falsafah (PhD) daripada 43 tahun di bawah Ijazah Sarjana kepada 45 tahun
untuk PhD di bawah Hadiah Latihan Persekutuan.
Peningkatan had umur bagi pegawai awam mengikuti Ijazah Sarjana ini
akan memberikan lebih peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi, katanya.
Beliau berkata, peningkatan ilmu dalam kalangan PPP akan menjadi
pemacu kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkualiti dan efisien.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan Yayasan Guru
Tun Hussein Onn akan membantu guru-guru mendapatkan pembiayaan untuk
melanjutkan pengajian termasuk yang tidak layak mendapatkan biasiswa
kerajaan kerana melebihi had umur.
Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn (Akta 763) telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan.
Yayasan itu juga, kata Muhyiddin akan menjaga kebajikan guru dengan member keutamaan kepada guru yang memerlukan sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda.
Yayasan itu juga, kata Muhyiddin akan menjaga kebajikan guru dengan member keutamaan kepada guru yang memerlukan sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda.
“Memandangkan guru juga berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan
sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, maka Yayasan Guru Tun Hussein Onn
juga menjadi harapan untuk menghulurkan bantuan keperluan dan
pembiayaan pengajian anak-anak guru yang terlibat,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri
Idris Jusoh dan dua Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain
Ching dan P. Kamalanathan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment