Sunday, May 24, 2015
Cabar PAS – UMNO Bergabung, LGE Bukan Sembrono
EDITOR MENULIS...
25 MEI 2015
Ramai
ahli PAS yang merungut, tidak kurang yang menyatakan ketidakpuasan hati
mereka berhubung kenyataan Lim Guan Eng agar PAS bergabung dengan UMNO
sekiranya tidak berpuas hati dengan Kabinet Bayangan DAP.
Pada mereka, Lim Guan Eng angkuh, dan tidak mengiktiraf PAS selaku rakan sekutu mereka.
Jujurnya, saya tidak terkejut dengan
Kabinet Bayangan DAP yang ternyata disokong kuat oleh Lim Guan Eng.
Penulis sudah merasakan sesuatu yang besar akan dikemukakan oleh DAP,
berdasarkan apa yang berlaku di pilihanraya kecil Permatang Pauh
baru-baru ini.
Saya menyedari, beberapa strategi
yang digunakan oleh Lim Guan Eng bersifat percaturan untuk masa hadapan.
Kenaikan tarif air, serta pengumuman cuti peristiwa pada tarikh
pembuangan undi adalah sebahagian dari taktik LGE untuk membaca sejauh
mana sokongan rakyat kepada dirinya, dan DAP amnya.
Apa yang diharapkannya ternyata berjaya,
apabila Wan Azizah menang di Permatang Pauh, dengan jumlah majoriti
yang tinggi, waima dalam keadaan PAS dikhabarkan memulaukan pilihanraya
kecil tersebut. Apa signifikannya kemenangan Wan Azizah ini?
Pertama, LGE percaya ia memberi indikasi
bahawa ahli dan penyokong PAS masih mengundi Wan Azizah, sekaligus
membawa kepada satu persoalan, apakah ahli PAS sudah tidak peduli apa
saranan Presiden mereka? Apa pula pendapat para pembaca semua?
Kabinet Bayangan adalah langkah
seterusnya, dalam siri pembacaan tahap sokongan PAS terhadapnya. Antara
yang mahu dilihatnya ialah respons dari pimpinan PAS sendiri. Ini lah
masa untuk ejen-ejen DAP di dalam PAS menyatakan keberadaan mereka di
dalam parti tersebut.
Hadi Awang dicabar untuk bergabung
dengan UMNO, bukan sekadar cabaran, tetapi juga signal kepada ejen-ejen
mereka di dalam PAS, agar terus memburuk-burukkan Hadi Awang.
Hadi Awang ejen UMNO. Itu mesej LGE dalam simboliknya mencabarkan Hadi Awang bergabung dengan UMNO.
Pecah dan perintah adalah strategi yang
biasa dikenakan ke atas orang Melayu, dan setuju atau tidak, PAS juga
dikuasai oleh orang Melayu. Maka ia tidak terkecuali.
Kini terpulang kepada PAS untuk
mengolah, dan sekiranya PAS menerima sahaja apa yang sedang diperlakukan
ke atasnya, maka tunggulah untung nasib mereka yang seterusnya.
Saya merasakan akan ada sesuatu yang
lebih besar dari DAP. Kita tunggu dan lihat dahulu, bagaimana PAS
menguruskan serangan terbaru ini.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment