Monday, May 25, 2015

Video ILMU: Setiausaha Akhbar Siapa Beri Kepada Jurublog Apanama?

25 Mei 2015, Kuala Lumpur : Kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk mengambil tindakan tegas ke atas Timbalan Ketua UMNO bahagian yang merakam ucapan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program kursus Keris 2314 pada minggu lalu sangat dialu-alukan. 
http://kualalumpurpost.net/wp-content/uploads/2012/07/muhyiddin1.jpeg
Kita bukan marah kandungan ucapan Muhyiddin, kita marah kerana tindakan beliau merakam dan menyebarkan merupakan satu “pecah amanah” kerana peraturan kursus melarangnya. 

Namun kini timbul lagi sesuatu yang lebih serius iaitu siapa yang memberi video klip tersebut kepada jurublog (blogger) Apanama yang diketahui sentiasa menyerang Perdana Menteri sejak setahun yang lalu. 

Timbalan Ketua UMNO bahagian ini tidak mengenali apanama @ Firdaus ini. Justeru siapakah yang memberi video ini kepada beliau.

Cakap-cakap sekarang ialah video klip ini telah diberikan oleh seorang Setiausaha Akhbar Menteri kepada blogger Apanama. 

Apa yang kami boleh sahkan buat masa ini, video ini BUKAN diberikan kepada Apanama oleh Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri.

Khabarnya, Setiausaha Akhbar ini sering kali dilihat rapat dengan jurublog Apanama dan kumpulannya. 

Justeru Ahmad Zahid harus mengambil tindakan menyiasat siapakah Setiausaha Akhbar terbabit bagi mengelakkan pegawai-pegawai pemimpin UMNO sendiri menjadi pemecah belah parti. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment