Sunday, May 24, 2015

1MDB: Tak Perlu Buat Pembetulan Jika @NajibRazak Mahu Berbohong

24 Mei 2015, Kuala Lumpur : Jika nak berbohong, kenapa perlu semak, audit, siasat dan buat pembetulan? Kan lebih baik buat macam Anwar Ibrahim, hanya perlu tidak mengaku, tangguh perbicaraan sehingga 6 tahun dan bagi alasan konspirasi untuk jatuhkan dia?

1. Jika PM berbohong tidak mungkin pembetulan dibuat. Jika pembetulan sudah dibuat maksudnya sudah tentu ada kesilapan maklumat yang diterima oleh MOF dan bukan mudah bagi MOF untuk menyemak dokumen-dokumen ini dengan mendalam seperti juru audit.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/03/1mdb_najib_kad_300.jpg
2. Isu pertama, isu hutang RM5.8 bilion yang dipinjamkan oleh 5 konsortium peminjam kepada 1MDB yang mana sebahagian daripadanya telah dilaburkan ke dalam Petrosaudi. Sebanyak RM2 bilion daripada hutang ini telah dibayar penuh lebih awal dari jadual seperti dalam perjanjian. Baki RM3.8 bilion telah di’convert’ kepada term loan yang tamat pada 2024.

3. Isu ketiga adalah isu pelaburan USD1 bilion ke dalam Petrosaudi. Petrosaudi telah memaklumkan bahawa mereka telah memulangkan jumlah ini bersama keuntungan sebanyak USD 488 juta, dan ini telah dinyatakan dalam akaun beraudit 1MDB

4. Isu keempat, sebahagian daripada jumlah wang daripada pelaburan dalam Petrosaudi telah dikeluarkan dan bakinya sebanyak USD 1.01 bilion masih ada di Singapura dalam bentuk aset yang belum nyatakan. Maksudnya, wang yang dikeluarkan dalam tranche yang pertama benar2 wujud dan oleh kerana baki wang ini disimpan dalam bentuk aset yang lebih terlidung nilainya berbanding matawang, maka ia perlu dicairkan terlebih dulu.

5. Kenyataan telah dibuat oleh MOF berdasarkan maklumat yang diberikan dan pembetulan fakta telah dibuat. Sudah tentu maklumat yang lebih mendalam dan terperinci mengenai baki ini akan disahkan oleh Ketua Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam bulan Jun nanti.

Disediakan oleh : Tun Faisal (MediaUMNO)

No comments:

Post a Comment