Friday, May 22, 2015

Isu 1MDB : Tunggulah Hasil Siasatan, Itu Lebih Sahih – Dr Shamsul

22 Mei 2015, Kuala Lumpur : Seorang penganalisa politik, Prof Madya Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, rakyat wajar meletakkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kewibawaan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), serta memberikan peluang kepada pihak terbabit untuk menjalankan siasatan terhadap isu penyelewengan syarikat 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, rakyat wajar menunggu apa juga keputusan siasatan jabatan audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira (PAC) berhubung isu tersebut dan jangan terpengaruh dengan sebarang penyebaran fakta dan info yang tidak sahih yang kini bertebaran di media sosial.
1mdb
“Kenyataan PM agar kita menunggu apa hasil keputusan PAC dan jangan terpengaruh dengan info yang tidak sahih nanti adalah tepat. Kita mesti meletakkan keyakinan dan kepercayaan terhadap kewibawaan Jabatan Audit Negara dan PAC untuk menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin.

“Rakyat juga saya sarankan untuk menolak budaya membina keyakinan melalui informasi berbentuk spekulasi kerana boleh jadi di dalam informasi yang berbentuk spekulasi, perkara yang benar boleh jadi tidak benar, begitu juga sebaliknya,” tegasnyanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, budaya membina keyakinan berasaskan informasi dalam bentuk spekulasi yang tidak sahih, tidak akan membawa manfaat secara keseluruhan terhadap pembangunan jati diri rakyat di negara ini.

“Kita mesti membentuk masyarakat kita agar membina keyakinan dalam apa jua perkara dengan berdasarkan fakta dan informasi yang sahih.

“Keyakinan yang ada pada diri kita itu mestilah berdiri di atas fakta yang benar, sahih dan bukan sekadar cakap-cakap orang yang masih belum diketahui sejauh mana kebenarannya,” ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau, dalam isu 1MDB ini, rakyat mesti mengambil sikap berpegang kepada kebenaran yang berfakta dan bukannya berpegang kepada informasi yang tidak sahih.

“Terdirinya kerajaan di negara ini adalah hasil daripada keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan nya melalui proses demokrasi. Maka dalam isu ini, rakyat perlu terus memberikan keyakinan kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu ini.

“Dan sekiranya wujud penyelewengan maka pasti tindakan tegas akan diambil selaras dengan kenyataan PM di mana hukuman yang setimpal akan dikenakan terhadap mereka yang melakukan penyelewengan tersebutnya,” jelasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment