Saturday, May 16, 2015
DAP Patut Tumpu Pada Urusan Parti Yang Koyak Rabak
15 Mei 2015, Kuala Lumpur : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk
Mas Ermiyati Samsudin berkata, Dap adalah sebuah parti yang suka mencari
kesalahan pihak lain tanpa sedar kain mereka sendiri koyak rabak.
Jelasnya, Dap bukan sahaja sibuk mencari salah kerajaan pusat malah
rakan sekutu mereka Pas juga menerima nasib yang sama seolah-olah parti
Dap adalah sebuah parti yang sempurna dan terbaik.
“Bagi saya Dap sepatutnya sedar diri. Daripada sibuk mencari salah
orang adalah lebih baik tumpukan pada parti mereka yang silap haribulan
bakal diharamkan,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Manakan tidak, sehingga kini status parti Dap masih terus menjadi
tanda tanya adakah Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengesahkan
pemilihan penuh kontroversi jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti
itu.
Kepastian perlantikan semua pemimpin dalam Dap seolah-olah masih tidak sah kerana pemilihan CEC masih tidak selesai hingga kini.
“Jadi adakah jawatan Guan Eng Sebagai Setiausaha Agung Dap dan
sebagai Ketua Menteri sah? Inilah permasalahan utama Dap yang seharusnya
diberikan tumpuan… bukannya sibuk dengan masalah rumahtangga parti
lain.
“Selain itu, Dap juga tak perlulah nak tuding jari kepada kerajaan
pusat berkaitan GST kerana mereka patut cermin diri tentang kenaikan
surcaj air sebanyak 16.7 peratus.
“Silap mereka semuanya didiamkan tetapi silap orang sibuk
diwar-warkan… Inilah parti Dap yang kononnya sempurna tapi sebenarnya
penuh dengan tipu muslihat,” ujarnya lagi.
Oleh yang demikian, Ermiyati menasihatkan Dap agar jangan sibuk
urusan kerajaan pusat mencatur dan mengurus tadbir negara ini kerana
urus tadbir Dap sendiri tunggang langgang.
Dap mengadakan pemilihan semula CEC dalam kongres khas parti tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS.
Ini ekoran pemilihan CEC DAP pada tahun 2012, menimbulkan keraguan
kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal
memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi
dalam pemilihan tersebut.
Tindakan Dap mengadakan pemilihan semula CEC tanpa mengikut
Perlembagaan parti itu sendiri juga terus dipersoalkan oleh ahli mereka
kerana mengikut Perlembagaan, pemilihan semula hanya boleh diadakan
dalam kongres kebangsaan parti, bukan kongres khas seperti yang
dilaksanakan.
Walaupun pemilihan semula CEC telah dilakukan namun ianya masih
dipertikaikan dan Dap sendiri masih belum menyerahkan laporan mesyuarat
kepada ROS.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment