Monday, May 18, 2015
Usahlah Heret Siti Hasmah Dalam Mainan Politik Ini?
18 Mei 2015, Kuala Lumpur : Dalam keterujaan Mahathir menyemai benih kebencian
terhadap Perdana Menteri kita, isteri beliau Siti Hasmah dilihat turut
terlibat dalam gerakan tersebut.
Tindakan
ini akhirnya akan memakan diri mereka sendiri terutama dalam perkara
yang melibatkan personaliti dan peribadi yang sepatutnya tidak disentuh
atas dasar saling menghormati.
Namun
kesabaran semua pihak ada batasannya. Sikap melampau Mahathir dan Siti
Hasmah dalam menghasut dan mempersendakan Datuk Seri Najib mengundang
simpati rakyat terhadap Perdana Menteri kita.
Kunjungan
Mahathir dan Siti Hasmah ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Umrah
baru-baru ini bukan lagi rahsia. Para penyokong Mahathir cuba
mempergunakan isu ini untuk mengambarkan seolah-olah Mahathir dan Siti
Hasmah ini merupakan insan “baik”, “suci” dan “mulia”.
Namun
sebaik sahaja suami isteri ini pulang dari mengerjakan Umrah, mereka
telah melancarkan serangan “membabi-buta” pula terhadap Datuk Seri
Najib.
Umum amat
maklum bahawa Mahathir telah mengeluarkan kenyataan palsu apabila
mengumumkan bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat iaitu Tan Sri Pandikar
Amin Mulia telah meletakkan jawatan. Kenyataan ini telah dinafikan oleh
Speaker Dewan Rakyat kita.
Selain
daripada itu juga, Siti Hasmah dilihat turut sama cuba “memperlekehkan”
dan “memfitnah” Datuk Seri Najib secara halus. Beliau kononnya
menceritakan sewaktu berada depan Kaabah, mengambil kesempatan untuk
berdoa untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kenyataan
Siti Hasmah dilihat sebagai “berniat jahat” apabila mengatakan bahawa
selain berdoa untuk rakyat, beliau turut berdoa supaya Najib “tidak buat
sesuatu yang tidak baik terhadap Islam”.
Mereka seolah-olah cuba menafikan segala usaha Datuk Seri Najib untuk memertabatkan Islam di negara kita. Sebelum
ini Datuk Seri Najib telah melancarkan Indeks Syariah Malaysia yang
merupakan produk pelengkap tadbir urus Islam di negara ini melalui
pengukuran tuntutan syarak yang lebih menyeluruh.
Indeks
pertama seumpamanya yang pernah dibangunkan di dunia itu akan menilai
dan mengukur keseriusan kerajaan dalam mencapai lima aspek Maqasid
Syariah (dikehendaki oleh syarak) iaitu pemeliharaan agama, pemeliharaan
nyawa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan
harta.
Selain
daripada itu juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntuk
RM468 juta tahun ini untuk membayar elaun guru agama, imam serta
penyelaras pentadbiran masjid daerah di seluruh negara.
Kerajaan
di bawah pimpinan Datuk Seri Najib amat mengambil berat peranan yang
dimainkan guru-guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), imam, guru Takmir
dan jawatankuasa masjid dalam memimpin dan menyampaikan dakwah, sekali
gus memartabatkan agama Islam. Perkara ini tidak berlaku dalam zaman
pemerintahan Mahathir.
Sebaliknya
rakyat mempersoalkan tindakan anak perempuan Mahathir dan Siti Hasmah
iaitu Marina yang dilihat begitu lantang mempertahankan Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender (LGBT). Beliau juga dilihat begitu akrab dan
sinonim dengan gerakan yang menghina Islam seperti isu Kalimah Allah,
murtad dan sebagainya.
Mahathir
dan Siti Hasmah ini gagal melihat “bangkai gajah” depan mata. Mereka
lebih berminat meneropong kuman di seberang laut. Ini merupakan iktibar
untuk diri kita sendiri juga.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment