Sunday, May 24, 2015

Najib Perbetul Kekeliruan, Tapi ‘Beliau’ Nafikan Kebenaran…


anwar-ibrahin-dan-mamak-mahathir1 
EDITOR MENULIS...
25 MEI 2015

Seronok sungguh beliau mengata orang berbohong. Walaupun bermula dengan ayat sedih menagih simpati, beliau kemudian tanpa usul periksa dan timbang rasa, menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong.

Mujurlah Kementerian Kewangan sepantas kilat menjawab tohmahan terbaru ‘ketua UMNO maksum’ itu. Jika tidak sudah tentu bertambah-tambah lagi ‘sedih’nya bekas Perdana Menteri yang ‘dah lama dahhh..’ itu.

Bukan membodek atau membuta tuli, penulis yakin Najib tiada sebarang maksud untuk berbohong di Parlimen. Saya yakin, Najib tahu bahawa setiap patah katanya kini sentiasa menjadi perhatian ramai, khususnya ‘beliau’. Jadi, tidak logiklah jika Najib sengaja berbohong di khalayak ramai, bukan.

Perlu diingat, Najib dan Anwar Ibrahim sememangnya anak didik beliau. Namun, Najib berbeza dengan anak emas beliau, Anwar, yang lebih gemar berbohong dalam katanya. 

Lebih ramai orang, lebih kuat dia ‘kencing’ sambil berdiri. Anak didik beliaulah katakan…
Pada saya, meminda maklumat atau memperbetulkan fakta sebenar merupakan satu tindakan yang mulia dan tepat, terutama tentang perkara yang hak serta melibatkan kepentingan rakyat jelata.

Dan pada pandangan saya, adalah lebih baik memperbetulkan fakta dari bertindak menafikan tentang kebenaran yang terbentang di hadapan mata. Apatah lagi ia melibatkan pemimpin nombor dua negara suatu ketika dahulu.

Bayangkan, Ketua Polis Negara dan ramai pemimpin yang datang mengadap beliau memberitahu tentang kisah jenayah gelap anak emasnya. Bukan datang kosong, tapi berfakta dan mengemukakan bukti yang berkreadibiliti. Diceritakan tentang kebenaran padanya.
kpn-ke-4
Tapi beliau selamba ‘badak’ mengatakan kebenaran itu satu pembohongan. Malah dikatakan ada di kalangan mereka yang melaporkan tentang aktiviti songsang anak emasnya itu dilabel dengan label memalukan seperti cemburu, irihati dan dengki pada anak emas kesayangannya.

Bayangkan sekali lagi. Kita membawa kebenaran, tapi beliau tolak mentah-mentah. Malah kita dihina dengan kata-kata yang menjatuhkan maruah.

Berbeza benar beliau dengan Najib. Najib lebih menjurus kepada memperbetulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu. Lebih fokus dalam menjawab soal dasar dan integriti kerajaan yang cuba diruntuhkan oleh seorang bekas Perdana Menteri.

Najib lebih positif, manakala beliau lebih negatif dalam mengunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri, Presiden dan pemimpin negara.

Tapi, cakaplah apa pun pada beliau, beliau tetap mahu Najib jatuh. Sudah begitu lumrahnya beliau. Beliau suka hantar surat pada Perdana Menteri dan tuduh yang bukan-bukan. 

Mungkin perangai itu sudah wujud pada beliau sejak dari kecil.

Selain Tunku Abdul Rahman, Pak Lah pun pernah dihantar surat. Tun Razak dan Tun Hussien bernasib baik tidak dihantar surat mungkin kerana beliau dilantik menjadi salah seorang kabinet dalam kerajaan ketika itu. Saya rasa, jika beliau tidak dilantik, mungkin Tun Razak dan Tun Hussein pun akan kena juga, kan?

Gara-gara tidak dengar cakapnya, Tunku dan Pak Lah pernah jadi mangsa. Gara-gara tidak mahu jadi ‘boneka’ beliau, Tunku dan Pak Lah terima surat ‘cinta’.
Tunku_Abdul_Rahman
Dan kini giliran Najib. Surat sudah dihantar. Bezanya, Najib sudah tegaskan tidak akan tunduk jadi boneka dan tidak akan meletak jawatan. Biasalah. Najib pun anak didik beliau.

Beliau dahulu berkali-kali didesak meletak jawatan oleh pemimpin UMNO sepanjang memerintah selama 22 tahun. Tapi beliau tidak letak jawatan pun, kan? Jadi, samalah dengan Najib dan tidaklah jika Najib tidak meletak jawatan.

Sudahlah. Kami yang membesar di zaman beliau sudah benar-benar masak dengan corak permainan beliau. Cuma dulu kami sokong beliau sebab beliau Presiden UMNO. Dan sekarang bila orang lain jadi Presiden UMNO, kami sokong orang lain itulah pula. Salahkah?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment