Tuesday, May 19, 2015
Speaker: Tidak Ada U-Turn, Yg Ada Hanya Penipuan Tun M
EDITOR MENULIS...
19 MEI 2015
Para penyokong Tun Mahathir cuba
‘menyucikan’ penipuan dalam soal Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia nak melepaskan jawatan, dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir
tidak menipu sebaliknya Tan Sri Pandikar yang buat U-Turn.
Dari apa yang penulis difahamkan (Tan
Sri Pandikar sendiri pun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi), tidak ada
U-Turn atau hasrat untuk meletak jawatan. U-turn ini hanya berlaku bila
perletakkan jawatan sudah berlaku dan diumumkan, kemudian ditarik
balik, itu U-turn.
Masalahnya sekarang tidak ada apa yang
berlaku, tahu-tahu Tun Mahathir sudah umum Speaker letak jawatan.
Mungkin ada artikel dalam perlembagaan dimana Mantan Perdana Menteri
boleh umum perletakan jawatan Speaker, saya tidak tahu.
Apa pun, inilah jadinya bila sindrom
ketaksuban melampau sudah menjangkiti manusia, yang salah dan berdosa
pun cuba nak dilihat macam betul dan dapat pahala. Ini bukan kali
pertama, dalam tempoh 2 minggu ini sudah 2 kali Tun Mahathir berbohong.
Kali pertama beliau menipu, ialah semasa
mendakwa nilai tanah RM 188 juta yang dibeli Tabung Haji dari 1MDB di
TRX, mampu menyelamatkan syarikat yang ada liabiliti sebanyak RM 42
billion itu. Bagaimana itu mungkin berlaku? Sehingga sekarang masih
tidak ada penjelasan dari Tun Mahathir.
Menariknya, dalam setiap penipuan, masih ramai yang menyokongnya dengan pelbagai alasan, kalau tak taksub nak kata apa tu?
Ironinya, saya kenal beberapa orang
dari kumpulan ini yang dulu mengutuk ketaksuban serupa yang berlaku
dalam PAS, hari ini mereka pula yang jadi seperti orang PAS dengan
menganggap apa yang keluar dari mulut Tun Mahathir itu semuanya betul
dan tidak ada yang salah.
Tun Mahathir hanyalah manusia biasa dan
tidak sunyi dari membuat kesalahan. Beliau sendiri pun mengakui pernah
membuat banyak kesilapan semasa menjadi Perdana Menteri – kecuali
memecat Anwar Ibrahim. Itu masa muda dan bertenaga tu, apatah agi
sekarang, pada usia 90 tahun.
Maka itulah saya secara peribadi
tidak melihat sebarang kesalahan pada Tun Mahathir sekalipun jelas
beliau berbohong dalam perkara tersebut. Pada usia sekarang, tidak
menghairankan kalau cakapnya lebih banyak merapu dan tidak bersandarkan
fakta.
Deria pun bukan semua yang berfungsi dengan sempurna.
Jika semuanya berfungsi dengan baik,
sudah tentu pada saat ini ada orang yang mencadangkan Tun Mahathir untuk
bertanding dalam pilihanraya dan jika menang, dilantik sebagai Perdana
Menteri semula, tapi dalam banyak-banyak yang disebut tentang Tun
Mahathir kebelakangan ini, bab itu takde yang berani nak sentuh.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment