Wednesday, May 27, 2015

Keluarga Kit Siang Mahu Praktik Gaya Kuku Besi Ke Atas Rakan Sekutu Mereka

28 Mei 2015, Kluang : Ketua UMNO Bahagian Kluang, Md Jais Sarday berkata, Dap kini dilihat bukan berusaha untuk memulihkan pakatan pembangkang yang kini retak menanti belah tetapi adalah untuk mengukuhkan kuasa bagi mengawal rakan sekutu mereka.

Jelasnya, kerana itulah tanpa berselindung Dap terus-terusan menyerang pemimpin ulama di dalam Pas dengan harapan mereka dapat mengawal parti itu yang dilihat semakin lemah.

“Ramai yang mengetahui bahawa Dap adalah sebuah parti yang dominan. Walaupun Dap, Pas dan PKR bergabung namun sebenarnya Dap ingin menguasai Pas dan PKR agar kuasa mereka kukuh.

Secara halus mereka cuba pecah-belahkan Pas dan PKR.

“Pas kini telah terbahagi kepada dua iaitu ulama dan liberal di mana golongan liberal ini menyebelahi Dap. PKR juga telah terbahagi kepada penyokong Wan Azizah dan Azmin Ali.
LIM_KIT_SIANG_241114_TMINAZIRSUFARI_02 
“Maka Dap mengambil kesempatan ini untuk menyusun penyokong mereka dalam Pas dan PKR agar mereka lebih berkuasa. Malangnya penyokong Pas tidak melihat akan perkara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau lagi, tindak tanduk Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng tidak lebih menunjukkan betapa kedua-dua anak beranak ini mempunyai sifat pemerintah yang mencengkam.

“Bagaimana kedua-dua mereka mencengkam Dap begitulah yang mereka mahu lakukan terhadap kedua-dua parti pakatan mereka.

“Kalau boleh mereka mahu semuanya tunduk dengan kehendak mereka. Kita boleh lihat sahaja bekas-bekas pemimpin Dap yang telah keluar dari parti itu.  Hampir semuanya bertindak keluar atas faktor betapa kedua-dua anak beranak ini mentadbir parti secara kuku besi”, ujarnya.

Justeru jelas beliau lagi, sekiranya Pas tidak mahu perjuangan azali mereka berkubur maka mereka harus sedar dan penyokong Pas juga harus menilai apa yang sedang berlaku sekarang ini.

Jika perkara sebegini berlarutan, maka tidak mustahil Pas hanya akan tinggal nama, katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment