Sunday, May 24, 2015

Rohingya: Mahfuz Berani Tempelak Guan Eng?


lim-guan-eng-dap 

EDITOR MENULIS...
25 MEI 2015

Memandangkan isu ribuan pelarian etnik Rohingya yang bertebaran dihanyut di tengah lautan baru-baru ini, maka ramailah jagoan-jagoan yang bersuara lantang seolah merekalah yang paling handal membela nasib etnik dari Myanmar itu.

Mahfuz Omar misalnya sebelum ini mendesak Kerajaan Malaysia menghantar misi bantuan dan menyelamat, seolah kerajaan kita dipimpin oleh pemimpin yang sama tahap IQ dengannya. Padahal, sudah berpuluh-puluh tahun Malaysia membantu etnik Rohingya selama ini. Ada dia ambil tahu?

Sekonyong-konyong itu, tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan bahawa tanah Pulau Pinang seolah “haramkan” untuk dijejakkan kaki oleh pelarian etnik Rohingya yang rata-ratanya beragama Islam itu.

Sahabat itu menegaskan, pihaknya menolak pelarian Rohingya ditempatkan di tanah Pulau Pinang, dan hanya membenarkan mereka di tempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan sahaja. Begitulah lebih kurang katanya…

Pada pandangan saya, pendirian Mahfuz dan Guan Eng itu bercanggah sama sekali di antara satu sama lain. Mahfuz mahu Rohingya di bawa masuk. KDN pula mengenal pasti lokasi di Pulau Pinang yang disifatkan sesuai untuk penempatan sementara etnik Rohingya. Tapi Guan Eng haramkan pula mereka ditempatkan di tanah yang dia jajah!

Baru tahu tentang perangai Guan Eng? Baru kenal Guan Eng? Jika orang Melayu, India, India Muslim dan segelintir masyarakat Cina yang tidak menyokong DAP sanggup ditekan dan dinyahkan keluar dari tanah di bawah kekuasaan Guan Eng, apatah lagi Rohingya, kan?

Saya tidak tahu. Namun telahan saya mengandaikan bahawa sekiranya pelarian itu merupakan pelarian dari Tanah Besar China yang terdiri dari bangsa yang sama dengan keturunan Guan Eng, berkemungkinan mereka akan dibenarkan masuk ke Pulau Pinang.

Jika pelarian itu berbangsa Cina, saya yakin bukan saja Guan Eng akan membuka pintu seluas-luasnya, malah dia mungkin sanggup mengorek pasir, menambak tanah dan menyediakan ruang seluas-luasnya buat pelarian dari Tanah Besar China itu.

Malangnya, pelarian itu adalah etnik Rohingya dari Myanmar. Malah mereka beragama Islam dan bukan beragama Kristian atau Buddha. Maka mungkin kerana itu, Guan Eng begitu prejudis “mengharamkan” Rohingya menjejakkan kaki di tanah di bawah kekuasaannya.

Jadi, apa kata Mahfuz sekarang? Berani dia suruh Guan Eng sediakan tempat untuk etnik Rohingya di tanah Pulau Pinang? Berani? Atau Mahfuz akan terus “kowtow” pada Guan Eng? Memalukan betul jika dia begitu takut pada Guan Eng, kan?

Sebelum ini, puak pembangkanglah yang paling hebat mempertahan LGBT. Kononnya itu hak mereka sebagai manusia untuk mengamalkan cara hidup sendiri. Kononnya negara ini terlalu kuku besi dan tidak menghiraukan hak asasi manusia.

Namun kini, di manakah “Khalifah Umar Abdul Aziz” yang didewakan Mahfuz itu letakkan “hak asasi manusia” berkenaan? Di bawah tapak kaki? Di kepala lutut? Berani Mahfuz tanya soalan begitu pada Guan Eng? Beranikah Mahfuz tempelak “Khalifah Agung”nya itu?

Pada pandangan saya, sama ada Mahfuz atau Guan Eng, mereka hanyalah “hero retorik tahi kucing” dalam soal ini. Masing-masing mahu dilihat seperti “hero”, padahal mereka tidak tahu pun apa maksud sebenarnya keikhlasan dan hak asasi manusia. Dalam otak mereka, hanya ada politik semata-mata.

Tidak perlulah cuba menjadi juara dalam hal ini. Tidak perlulah memuja-muji sangat Turki dan kapal-kapal perangnya kerana ini merupakan kali pertama negara itu mengambil tahu tentang etnik Rohingya setahu saya.

Saya puji usaha Turki, tapi saya lebih memandang tinggi kerajaan kita yang sudah berpuluh-puluh tahun sejak zaman 70’an membantu etnik tersebut. Cuma, Malaysia tidaklah “poyo” seperti sesetengah pihak yang mahu bercakap tentang Rohingya, tapi beza antara Rohingya dengan Rakhine pun tak tahu, beza antara etnik dan ras pun tak tahu!

Pada saya, Malaysia sudah melakukan lebih dari yang patut mengenai isu Rohingya. Cakap saja apa jenis bantuan, rasanya negara kitalah yang paling banyak membantu mereka. Jadi, tidak perlu tunjuk jaguh dalam isu ini.

Paling penting, atas dasar kemanusiaan, Malaysia sudah tunaikan tanggungjawabnya. Selebihnya, kita berserah saja pada Allah SWT, boleh? Wallahu’alam.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment