Thursday, May 21, 2015
Kabinet Bayangan Dap Bukti Dap Sanggup Ketepikan Rakan Demi Kuasa
21 Mei 2015, Kuala Lumpur : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar
Radin menzahirkan harapan agar rakyat melihat ketamakan pembangkang
dalam berebut kuasa agar masa hadapan rakyat dan negara terus terjamin
kukuh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan
Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng yang
memberikan bayangan bahawa Dap bakal memerintah negara secara
bersendirian sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
“Saya amat berharap agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan
pembangkang kerana sekiranya pembangkang diberi kepercayaan mentadbir
negara ini maka kita akan berhadapan dengan risiko yang terlalu tinggi.
“Saya melihat hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat berbagi kuasa
dengan baik termasuk di Sabah dan Sarawak. Ini bukan kerana saya adalah
pemimpin BN tetapi ianya telah terbukti bagaimana BN berkongsi kuasa
bersama parti komponen, Melayu, Cina dan India,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Tambah Bung Mokhtar seterusnya, kenyataan Guan Eng itu sekaligus
membuktikan bahawa selama ini Dap hanya memperalatkan Pas dan PKR demi
mencapai hajat mereka sendiri namun apa yang menghairankan ialah Pas
seakan tidak pernah serik ditipu oleh Dap.
“Dap bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan rakan sekutunya
sehinggakan Pas dan PKR dipergunakan sepenuhnya hanya untuk mendapatkan
sokongan rakyat. Bila hasrat Dap tercapai maka Dap akan terus
meninggalkan bukan hanya Pas tetapi juga PKR.
“Kerana itulah Guan Eng begitu berani membayangkan kabinet bayangan
tanpa PKR dan Pas. Oleh itu, rakyat harus sedar dan jangan terpengaruh
dengan agenda pembangkang yang sebenarnya hanya mahu kuasa dan bukannya
membela nasib rakyat,” katanya.
Tambahnya, ketamakan kuasa pembangkang jelas dapat dilihat apabila
mula membayangkan kabinet bayangan masing-masing tanpa ada perbincangan
terlebih dahahulu kerana baik Dap mahupun PKR berebut-rebut mahu meletak
proksi demi kepentingan peribadi.
“Perancangan mereka hanyalah berkaitan kuasa dan tidak sedikitpun memberi perhatian terhadap membela rakyat.”
Sekiranya pemimpin sebegini diberi kuasa untuk mentadbir negara ini
jelas Bung Mokthtar, sudah pasti kemakmuran dan keamanan yang selama ini
dikecapi bakal rosak.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment