Monday, May 18, 2015
Isu Kit Siang Di Kota Baru…. Macam Biasa Pas Hanya Mampu Berkokok Sahaja
18 Mei 2015, Nibong Tebal : Pelbagai kecaman yang dihamburkan Pas terhadap
tindakan pemimpin Dap, Lim Kit Siang yang berucap mengenai hudud di
Kelantan baru-baru ini ternyata tidak memberi sebarang kudis kepada
rakan pakatannya itu
Sehingga kini belum ada sebarang permohonan maaf dari Lim Kit Siang,
begitu juga sebarang tindakan Pas terhadap tindak tanduk pemimpin Dap
tersebut.
Mengulas perkara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,
Rafizal Rahim percaya isu terbaru Lim Kit Siang ini akan turut berlalu
pergi seperti mana isu-isu sebelum ini yang membabitkan Pas dengan Dap
mahupun PKR.
Ini kerana jelas beliau Pas sebenarnya tidak mempunyai kekuatan dan
keberanian dalam pakatan pembangkang apatah lagi di kalangan
pemimpin-pemimpin dalam Pas itu sendiri yang terdiri dari mereka yang
mempunyai kecenderungan kuat terhadap PKR dan Dap berbanding parti
mereka sendiri.
Dengan memberi contoh keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang
Pauh baru-baru ini tambahnya menyaksikan kemenangan berpihak kepada PKR
yang membuktikan tindakan boikot akar umbi Pas pada pilihan raya
tersebut hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam dan melepas batuk di
tangga.
“Walaupun berhasrat mahu memboikot PRK Permatang Pauh, namun akhirnya
undi tetap diberikan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon
kitar semula parti PKR.
“Kita menerima kekalahan Barisan Nasional (BN) dengan lapang dada
tetapi ini jelas membuktikan bahawa Pas sebenarnya tidak mempunya
kekuatan untuk melawan PKR mahu pun Dap. Pas hanya berani bersuara dan
bila tiba masa untuk bertindak semuanya menikus,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Justeru tegasnya kejadian yang berlaku di Kota Baru yang membabitkan Lim Kit Siang baru-baru ini akan berlalu begitu sahaja.
“Ini bukan perkara pertama yang berlaku. Pas dalam pakatan
pembangkang umpama timun dan durian .. digelek luka, menggolek pun dia
luka” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment