Saturday, May 16, 2015
Perdana Menteri: “Muhyiddin, Ayuh Bersama Bangunkan Negara!”
EDITOR MENULIS...
16 MEI 2015
Itu
adalah intipati ucap selamat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, oleh
Perdana Menteri Najib Razak sempena ulangtahun kelahiran timbalannya
yang ke 68 semalam, yang dipetik melalui laman sosial Twitter.
Tidak perlu disangkal lagi, ucapan ini
boleh dilihat sebagai komitmen Perdana Menteri terhadap Timbalannya,
tanpa curiga serta yakin bahawa kombinasi mereka berdua adalah penting
demi negara.
Sekaligus, ia menepis usaha pihak-pihak
tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan kedua-dua pemimpin tersebut.
Kebelakangan ini, kita dapat lihat kecenderungan untuk memisahkan
kedua-dua pemimpin dari berganding bahu di dalam satu barisan. Bukan
sekadar “sok-sek-sok-sek” semata, usaha ini jelas dapat dibaca di
status-status media sosial yang malangnya dimiliki oleh “ahli UMNO”.
Sungguhpun ada yang berkias, status-status mereka jelas “menghasut”
Pagoh agar mufarakah dari Pekan, sambil cuba menggandingkan Pagoh
bersama Bagan Datoh, tidak kurang juga Semporna.
Gambar-gambar kemesraan kedua-dua
pemimpin negara ini sewaktu meraikan UMNO 69 Tahun juga cuba diberi
gambaran negatif dengan harapan agar Pagoh mengambil keputusan untuk
“melawan” Pekan. Begitulah bila hati sudah hitam, bukan mahu memperkasa
parti, tetapi lebih kepada “batu ronson” sekaligus memecahbelahkannya.
Perdana Menteri berjiwa besar, dengan
ucapan selamat hari lahir tersebut, tanpa mengambil peduli laporan media
tentang apa yang diucapkan oleh Timbalannya ketika di Milan. Bagi
Perdana Menteri, adalah lebih mustahak untuk memperkuatkan parti dan
pentadbiran negara berbanding melayan gelora politik dalaman dombaan
pihak-pihak tertentu.
Politik Malaysia penuh warna-warni, dan
tampuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga tidak terlepas dari
diwarnai dengan sejarah hitam.
Tan Sri Musa Hitam pernah meletakkan
jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986. Kita juga masih
ingat bagaimana Allahyarham Tun Ghaffar Baba tidak dapat menahan
kesedihannya setelah kalah pemilihan Timbalan Presiden UMNO sekaligus
tersingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim,
yang kemudiannya menyaksikan Anwar juga turut dipecat dari jawatan
tersebut atas sebab mengamalkan seks songsang.
Untuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib
Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, fahamilah
bahawa dua orang diperlukan untuk menemui kebenaran, satu untuk
mengucapkannya, dan satu lagi untuk memahaminya.
Jangan pedulikan mereka yang sudah hitam hatinya.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment