Wednesday, May 27, 2015
Bila Khalid Samad Pertikai Wasiat Nik Aziz Pada Nik Abduh…
EDITOR MENULIS...
27 MEI 2015
Menjelang Muktamar PAS yang tidak sampai
dua minggu lagi, macam-macamlah yang kita boleh dilihat berlaku di dalam
parti itu khususnya mengenai pertembungan dua puak bertelagah, golongan
pro-ulama dan pro-Pakatan Haram.
Terbaru, Khalid Samad menyerang Nik
Abduh. Dalam satu kenyataannya, Khalid seolah mendakwa Nik Abduh
berbohong apabila mendedahkan bahawa arwah bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat berpesan supaya memastikan wujud kerjasama antara PAS dengan
UMNO untuk memartabatkan agenda Islam di negara ini.
Dari riak kenyataan Khalid, saya
menyimpulkan bahawa dia tidak percaya arwah Nik Aziz ada meninggalkan
pesan seperti itu pada Nik Abduh. Dia seolah tidak dapat terima
kenyataan itu, apatah lagi membabitkan hubungan PAS dengan UMNO.
Khalid mengemukakan hujah bahawa Nik Aziz
banyak membuat ucapan di khalayak ramai yang membuktikan bahawa bekas
Mursyidul Am PAS itu membantah hubungan PAS – UMNO. Malah dia menggesa
pula ahli PAS supaya tidak mempercayai kenyataan Nik Abduh itu. Kononnya
bersumberkan “orang ketiga”…
Kita semua maklum tentang Nik Abduh dan
dia berada di kem mana. Dan begitu juga dengan Khalid, kita juga dapat
menghidu pendirian dan fahamannya yang lebih cenderung wala’ pada PKR
dan DAP selama ini, bukan?
Pada pandangan saya, percaya atau
tidak, apa yang didedahkan Nik Abduh tentang wasiat bapanya sebelum
meninggal dunia itu mempunyai kreadibiliti tersendiri memandangkan
beliaulah yang paling banyak menghabiskan masa di sisi arwah sebelum
pergi ke rahmatullah.
Dikala itu, mungkin benar Nik Aziz ada
meninggalkan pesan pada Nik Abduh tentang perjuangan sebenar yang perlu
dipatuhi oleh dua beranak itu sebagai prinsip dan panduan.
Dengan emosi
mengenangkan bapanya, mungkin Nik Abduh sengaja berkongsi wasiat bapanya
itu dengan ahli dan penyokong PAS yang lain….
Berkenaan ucapan-ucapan arwah Nik Aziz
yang dikatakan Khalid kononnya membantah kerjasama PAS dengan UMNO,
nampaknya dia seolah budak baru belajar politik. Nampak sangat dia tidak
tahu seni retorik ucapan politik awam…
Sama ada UMNO atau PAS, kita semua tahu
bahawa kedua parti itu merupakan “seteru utama” di dalam politik Melayu
Muslim. Jadi, bila bersyarah di depan ahli dan penyokong PAS, sudah
tentulah Nik Aziz selaku pemimpin politik PAS akan bercakap negatif
tentang UMNO, kan? “Common sense”!
Tapi, di sebalik ucapan itu dan di
belakang tabir politik, setahu saya, para pemimpin PAS dan UMNO sendiri
sangat mesra dan serius “sekepala”, khususnya dalam hal ehwal dan
kepentingan Islam di Malaysia. Khalid “buta”kah?
Lagipun, selaku seorang yang berlatar
belakangkan ilmu kefahaman Islam yang tinggi, maka sudah tentulah
pendirian Nik Aziz berhubung hubungan sesama Islam juga mengikut
landasan yang dianjurkan Islam.
Untuk pengetahuan Khalid, konsep
persaudaraan di dalam Islam ialah “berkasih sayang di antara sesama
Islam dan bertegas (adil) dengan golongan kuffar”. Faham? Jadi, susah
sangatkah nak percaya jika Nik Aziz mewasiatkan anaknya supaya mengikut
panduan tersebut?
Perlu Khalid ingat bahawa golongan ulama
di dalam PAS masih mengamalkan konsep berkenaan walaupun mereka
menghentam UMNO. Yang menghentam itu tujuannya adalah semata-mata
politik, manakala hubungan baik dan kerjasama itu diteruskan atas dasar
maqasid syariah. Faham?
Saya tidak marah pada Khalid jika dia
wala’ pada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim mahu pun Ambiga
sekali pun. Itu dia punya hak dan lantak dialah, kan?
Cuma pada saya, apa yang cuba dinyatakan
Khalid itu seolah membayangkan betapa tebalnya sifat politik kebencian
yang ada pada dirinya terhadap UMNO. Jika benar benci sangat pada UMNO,
kenapa tidak putuskan saja tali persaudaraan dengan abangnya, Shahrir
Samad? Berani?
Seperkara lagi, tidak perlulah
pertikaikan pesanan atau hubungan yang terjalin di antara ayah dan
seorang anak. Kalau nak bertanding AJK PAS Pusat sekalipun,
bertandinglah dengan cara Islam dan tidak perlulah cari sokongan dengan
menggunakan cara menjatuhkan kreadibiliti orang lain. Tarbiyyah dari PAS
tidak ajar begitu, DAP atau PKR mungkin… Wallahu’alam.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment