Monday, May 18, 2015

Kebebasan Bersuara Bukan Tiket Langgar Tataetika Kewartawanan – Mimie Harianie

18 Mei 2015, Kuala Lumpur : Walaupun Perlembagaan Persekutuan tertakluk di dalamnya mengenai hak kebebasan bersuara kepada setiap rakyat, tetapi ia bukanlah tiket kepada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya mengeluar, menyebar dan menyampaikan sesuatu maklumat yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika, yang mampu menggangu-gugat keharmonian negara, tegas Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias.
REWEL
Menurut beliau, kebebasan bersuara bukan tiket untuk menyebarkan maklumat yang tidak diketahui kesahihan sumbernya. Sehubungan itu, rasa kebertanggungjawaban dalam menyampaikan sesuatu maklumat hendaklah ada dalam jiwa seseorang individu tersebut.
http://w1.nst.com.my/polopoly_fs/1.424800.1386394148!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_454/image.jpg
“Bahkan, ada yang lebih teruk lagi, diolah cerita mengikut citarasa sendiri, kemudian disensasikan demi menepati matlamat mereka, tanpa bukti yang sah.

“Sejarah tidak boleh menipu, negara kita juga mempunyai sejarah telah mengalami pergaduhan serta keretakan kaum disebabkan apabila kebebasan bersuara tidak dipandukan kepada undang-undang,” katanya lagi kepada UMNO-Online.

Begitu juga dengan apa yang dihidangkan selama ini iaitu terdapat beberapa laman web dan penggiat media sosial yang cenderung kepada pembangkang lebih gemar menggunakan sumber yang tidak sah dan tidak diketahui puncanya, semata-mata untuk membina persepsi negatif kepada kerajaan, tambah Timbalan Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Media Sosial, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia itu.

“Mereka ini sebenarnya tidak profesional dan mengenepikan etika kewartawanan, memanipulasi isu-isu yang dekat di hati rakyat, mempengaruhi pemikiran rakyat yang agendanya supaya rakyat membenci kerajaan yang sedia ada.

“Pelbagai usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat, tetapi demi kuasa politik semata-mata, wujud golongan yang mengamalkan teori ‘matlamat menghalalkan cara’, teori yang dipelopori oleh Machiavelli ini,” tambahnya.

Justeru itu, dalam era maklumat yang semakin luas dan terbuka ini, beliau turut menasihati agar masyarakat yang menerima maklumat juga seharusnya perlu menyelidiki dan mendapatkan kesahihan supaya tidak timbul kecelaruan dan kekeliruan.

Seterusnya, beliau berpandangan bahawa penguatkuasaan akta yang berkaitan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan dan sebagainya amat penting dan perlu dipertingkatkan.

“Ini adalah kerana, tidak lain dan tidak bukan, ia adalah untuk menjaga perpaduan dan keharmonian antara masyarakat di negara ini,” jelas beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment