Tuesday, May 26, 2015

Sendiri Jual Mahal, Salahnya GST

bendi
EDITOR MENULIS...
26 MEI 2015

Macam-macam cara pembangkang guna untuk burukkan kerajaan dengan dalam hal GST ini.  Antara lain mengarahkan portal-portal bawah tanggungan mereka untuk mengaitkan GST dengan pelbagai insiden yang sebenarnya tidak ada kena mengena sama sekali dengan GST.

Contohnya, dalam kontroversi caj RM 20 yang dikenakan sebuah restoran di Pulau Pinang untuk beberapa batang bendi, diputar belit portal media pembangkang seolah-olah ia berkaitan dengan GST.

GST apa bendanya, restoran itu yang jual harga tak masuk akal kaitan apa dengan GST?  

Isunya juruwang silap, harga RM 2 jadi RM 20, tapi yang ditulis, salah GST.  Peliknya ada juga yang percaya di ruangan komen, tak tahulah cybertrooper atau memang ada yang ulas berdasarkan tajuk semata-mata.

Tapi sekadar nak jelaskan, inilah bentuk peperangan media dimana kita berhadapan sekarang.  Apa yang selalu dilihat, tak semestinya itu yang berlaku.

Kegemaran sesetengah dari kita menilai tajuk lebih dari isi ini hanya memburukkan keadaan lebih dari yang sepatutnya.

Masuk ini, hampir 2 bulan dah GST ini dilaksanakan. Ada ke sesiapa yang jatuh miskin, jadi papa kedana dan sebagainya?  Kos sara hidup memang naik, ada GST atau tidak ada GST.  

Saya pernah tanya beberapa kawan pro pembangkang, sejak bila yang kos hidup di negara ni yang bertambah murah?

Satu pun tak boleh jawab.

Realiti yang kita lihat, jumlah kereta bertambah banyak, pusat pelancongan tak pernah yang berkurang pengunjung, tengok Langkawi saja cukuplah.  

Cuba tempah tiket penerbangan ke Pulau itu untuk minggu depan, kalau dapat.  Baru satu contoh.

Ini hakikatnya, patut semua orang tahu sebab berlaku depan mata. Tapi bila buka Facebook atau Twitter di komputer atau telefon pintar masing-masing, segalanya jadi tak betul, segalanya jadi sengsara, ditambah buruk lagi dimana perlu.

Bila nak berubah pun tak tahu.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1CPdIwPVVdtaOjDIwP-__qy_lE8SBAPUudYF6R0QuucGWFz3QbYHEsw0q7uikGO-mz1ZHregxmlGjh3T_Y0vmngTpUfAsjo3fK9YUbkwGx_cn4vKmpJFICzkraiBaZcSoZHbMU7O5vcg/s1600/Debat+7.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment