Saturday, May 16, 2015
Lemahnya PAS, Senang DAP Masuk & ‘Ludah’ Mukanya
EDITOR MENULIS....
16 Mei 2015
PAS ternyata dalam situasi yang sangat
lemah bila penasihat DAP senang-senang masuk negeri itu dan berkempen
agar rakyat Kelantan menolak hukum hudud. Tempat yang dipilih pula
katanya adalah lokasi biasa ceramah PAS untuk membantai kerajaan BN dan
UMNO, hari ini, dia pulak yang kena balik.
Ini kira macam orang asing masuk rumah kita dan kemudian ludah tepat ke muka, padan muka.
Setakat yang PAS boleh buat hanyalah
mengutuk Kit Siang dengan pelbagai gelaran, kurang ajarlah itulah
inilah. Malangnya, dalam masa yang sama juga, ada dua pemimpin PAS yang
menyokong kedatangan Kit Siang bercakap tentang penolakan hudud – dalam
negeri yang nak melaksanakan hudud.
Ini tidak pernah berlaku di mana-mana.
Tidak ada badan hak asasi manusia antarabangsa datang ke Arab Saudi dan
berkata undang-undang hudud negara itu perlu ditamatkan, tidak ada.
Tapi di Kelantan ada. Dahla tu, kawasan PAS sendiri juga yang jemput, bukan orang lain.
Kerana yang jemput ialah PAS sendiri,
tak haran kenapa kecaman itu sendiripun ibaratnya seorang gay mencubit
punggung gay yang lain saja – lembut dan tak berkesan, lagi buruk
keadaan, ada pulak di kalangan pemimpin PAS memuja tindakan itu,
kononnya kerana DAP bukan Islam maka itu dibolehkan.
Soalnya sekarang kalau dia bukan Islam
dan tidak faham, peluang Kit Siang datang ke Kota Bharu perlulah
digunakan PAS untuk memahamkan Kit Siang, bukan sebaliknya!! Kit Siang
pulak datang ceramah dengan orang PAS kenapa hudud perlu ditolak.
Tak bacul ka macam itu?
PAS kalau kempen pasal UMNO macam-macam,
DAP masuk buta-buta dalam tanah jajahan dia, menolak perundangan yang
dia perjuangkan dari zaman berzaman, tak terkata apalah pulak?
Kawan tu dah balik baru dia bising
(itupun bukan semua bising). Jadi nak cerita apa lagi pasal hudud ni,
bila orang masuk dan kutuk hudud dalam negeri sendiri pun tak boleh nak
buat apa?
Elok tutup sajalah parti ini, ganti dengan PasMA.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment