Wednesday, May 27, 2015

Pakatan Di Selangor Mula Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri – Norman Toha

27 Mei 2015, Kuala Lumpur : Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha tidak menafikan bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor kini mulai takut dengan bayang-bayang sendiri, ekoran kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi yang tidak teragak-agak untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama Dap dan PKR.

Menurut beliau, sekiranya Pas benar-benar tekad untuk tidak meneruskan tahaluf siyasi bersama dua parti tersebut, maka kedudukan kerajaan pakatan di Selangor pasti akan tergugat.

“Semuanya akan terjawab selepas muktamar Pas tidak lama lagi, memandangkan kenyataan Presiden Pas baru-baru ini agak tegas dan tidak teragak-agak untuk memutuskan hubungan dengan Dap dan PKR berhubung isu hudud yang telah mengundang konflik antara mereka.

“Samada kepimpinan Pas mahu mendapatkan mandat daripada perwakilan ketika muktamar bagi majlis syura ulama memperbincangkan perkara ini dengan lebih serius, atau lebih drastik, mereka akan membuat keputusan dengan serta merta di dalam muktamar itu nanti.

“Sudah pasti senario ini membuatkan kerajaan pakatan sudah mulai goyang yang membuatkan mereka kini seolah-olah takut dengan bayang-bayang mereka sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
10300988_293596430848977_4396804546605409327_n
Tambahan lagi menurut beliau, konflik  ini bertambah buruk apabila wujudnya keadaan curiga mencurigai di kalangan Adun dan ahli parlimen mereka sendiri.

“Dalam keadaan yang mendesak seperti yang berlaku di Selangor hari ini, pastinya Adun dan ahli parlimen mereka hanya memikirkan bagaimana untuk melepaskan tengkuk masing-masing saja.

“Sebab itu saya yakin bahawa Azmin kini sedang memikirkan strategi dan akan mengambil tindakan pro aktif demi untuk menyelamat kedudukannya sebagai MB di Selangor kerana beliau sendiri tidak yakin dengan sokongan dari Adun dan Ahli Parlimen PKR itu sendiri,”ujarnya.

Justeru itu, Norman juga berpendapat, sekiranya Pas membuat keputusan drastik untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama pakatan pembangkang, maka Azmin berkemungkinan besar akan berpakat dengan Pas dan UMNO dengan mengenepikan Dap sebagai perancangan masa panjang bagi mengekalkan kuasanya di tampuk pemerintahan negeri.

“Ini kerana, sekiranya Azmin mengambil langkah berpakat dengan Dap, maka jangka hayat pakatan di Selangor pasti tidak akan kekal lama memandangkan pendirian parti tersebut yang tidak popular di kalangan orang Melayu dan sudah pasti tindakan beliau berpakat dengan Dap  tidak akan mendapat sokongan daripada Pas mahupun UMNO,” jelasnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment