Wednesday, May 20, 2015
Wan Azizah Dicabar Namakan PM Bayangan Pakatan Pembangkang
19 Mei 2015, Kuala Lumpur : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail hari ini dicabar menamakan siapa calon Perdana Menteri dalam
kabinet bayangan Pakatan Pembangkang selepas ketiadaan bekas Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bakal
Perdana Menteri Malaysia hendaklah datang dari sebuah parti yang kuat
dan dalam konteks pakatan pembangkang, parti Dap dilihat lebih layak
untuk menduduki kerusi terbabit kerana parti itu memenangi 37 kerusi di
Dewan Rakyat berbanding parti PKR dan Pas.
“Dap mempunyai 37 kerusi Parlimen, PKR cuma 29 dan Pas ada 21 kerusi.
Sudah pastilah Dap yang boleh jadi Perdana Menteri bayangan di kalangan
pakatan mereka.
“Jadi, nak bagi siapa jawatan tersebut kerana jika nak letak pada
Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri bayangan,
maknanya ia datang dari parti yang lemah. Jika parti yang lemah tentulah
sukar untuk menjadi Perdana Menteri yang kuat kepada Malaysia”, ujarnya
ketika diminta mengulas mengenai hasrat Ketua pembangkang yang baharu,
Dr Wan Azizah yang mahu melaksanakan kembali kabinet bayangan pakatan
pembangkang.
Malaysia jelas beliau lagi memerlukan seorang Perdana Menteri yang
datang dari parti yang kuat, contohnya Perdana Menteri hari ini adalah
dari sebuah parti yang mempunyai 89 kerusi di Parlimen, jumlah
kesemuanya termasuk BN ialah 134 kerusi Parlimen.
Tambahnya, sekiranya PM dalam kabinet bayangan itu datangnya dari
PKR, maka ia adalah calon yang lemah kerana parti itu tidak menguasai
majoriti di Parlimen berbanding UMNO yang menguasai 89 kerusi Parlimen.
Terdahulu Ketua Pembangkang baharu, Dr Wan Azizah Wan Ismail
mengambil langkah drastik apabila mengumumkan akan membentuk kabinet
bayangan Pakatan pembangkang.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment