Saturday, May 16, 2015

Keluar Simpanan Tabung Haji: Pendirian PAS Yang Sebenarnya Apa?

th 1mdb keluar duit
EDITOR MENULIS....
16 MEI 2015

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa PAS sekarang ada dua pendirian mengenai simpanan rakyat di Tabung Haji.

Ketika kecoh-kecoh dengan dakwaan palsu Tun Mahathir bahawa Tabung Haji cuba membail out 1MDB dengan membeli tanah berharga RM 188 juta di TRX, PAS melalui ketua peneranganya dipetik menghasut penyimpan Tabung Haji agar mengeluarkan simpanan masing-masing terutama yang lambat lagi giliran untuk menunaikan haji.

Menurut Ketua Penerangan PAS “Pendeposit akan berhimpun dan mereka boleh membuat pengeluaran wang yang disimpan, jika giliran untuk mengerjakan fardu haji masih lambat lagi”.

Awal minggu ini, ketua penerangan yang sama sudah pusing kenyataan bila dia dipetik sebagai berkata “PAS menasihatkan pendeposit Tabung Haji agar tidak mengeluarkan wang deposit mereka berikutan kemelut yang melibatkan institusi kewangan itu dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pulak.

Jika itu belum cukup berpusing, dalam demo yang diadakan di depan Tabung Haji sekarang, isu penyimpan perlu mengeluarkan simpanan mereka untuk menyelamatkan dana Tabung Haji dari digunakan untuk menyelamat 1MDB, sekali lagi digunakan.

Peliknya, dengan apa cara RM 188 juta boleh membail out RM 42 billion, kita masih tidak pasti kerana Tun Mahathir, mahupun penyembahnya, gagal menunjukkan cara bagaimana itu boleh dilakukan?  Ia laksana mencurah seguni gula ke dalam laut, sampai kiamat pun masinnya tak hilang.

Begitupun yang penting sekarang, mana satu betul?  Keluar atau tidak keluar simpanan?

Penulis difahamkan, PAS guna pakai kedua-dua pendirian itu, motifnya sama – politik.  PAS pun tahu kalau ramai-ramai pakat keluar wang dari Tabung Haji, agensi mana pula yang boleh diharap untuk mengendalikan urusan haji orang Islam di Malaysia?

Diakhirnya, PAS akan dipersalahkan kerana hasutan mereka menyebabkan orang tidak boleh pergi haji.

Tapi kalau tak main angle ini (keluar wang dari simpanan), nampak macam Tabung Haji masih kukuh dan dengan itu tidak menyokong fitnah Tun Mahathir bahawa dana agensi itu nak digunakan untuk membail out 1MDB.

Harap PAS berhenti main politik dan keluar kenyataan yang boleh diguna pakai orang.

Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment