Monday, May 25, 2015
Lim Kit Siang Jadikan Hadi Sebagai “Kambing Hitam”?
EDITOR MENULIS...
25 Mei 2015
Hari ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang
secara terbuka mendakwa Pakatan Haram bakal berkubur dalam tempoh dua
minggu lagi. Berdasarkan tulisannya itu, saya dapat simpulkan bahawa dia
merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penyebab utama
kemusnahan Pakatan Haram.
Secara jelas, Kit Siang meletakkan
kesalahan di bahu Abdul Hadi sekiranya Pakatan Haram benar-benar
berkubur nanti. Malah tanpa sebarang fakta kukuh, DAP seolah mendakwa
Abdul Hadi akan menggabungkan PAS dengan UMNO/Barisan Nasional sekiranya
kekal sebagai Presiden PAS pada muktamar parti itu pada awal Jun ini.
Kit Siang mendakwa, Abdul Hadi tidak
patuh pada dasar bersama dan prinsip konsensus Majlis Pimpinan Pakatan
Haram. Lebih meloyakan, dia menegaskan bahawa hanya cara patuh pada dua
prinsip berkenaan sahaja yang dapat “menyelamatkan” Pakatan Haram yang
sedang “nazak”.
Saya melihat bahawa tulisan Kit Siang
kali ini seolah bermain tarik tali. Dia seolah takut jika PAS keluar
dari Pakatan Haram. Seakan-akan menunjukkan DAP sebenarnya takut
kehilangan “keldai” yang mereka tunggang sejak tahun 2008 hingga kini…
Dasar bersama? Prinsip Konsensus? Dua
perkara yang menjadi “penyelamat” Pakatan Haram? Benarkah dua perkara
itu merupakan “penyelamat”? Atau ia sekadar “tali dan cangkuk” yang
bakal mengekalkan PAS sebagai “lembu yang dicucuk hidungnya” untuk terus
dikuasai DAP dan PKR?
Pada penelitian saya, PAS pernah patuh
dan setia pada dua prinsip berkenaan. Buktinya, PAS pernah menahan malu
bermuka tebal untuk berhadapan rakyat apabila terpaksa meng”ghaib”kan
hudud dan perjuangan menjadikan Malaysia sebagai Daulah Islamiyyah.
Ketika itu, PAS berdepan masalah yang
sangat besar. Ramai ahli dan penyokongnya marah dan mengecam Abdul Hadi
kerana menggadaikan perjuangan tradisi PAS yang dipegang sejak zaman
berzaman itu. Ketika itu ada DAP hargai Abdul Hadi? Anwar juga yang
diangkat sebagai “dewa”, kan?
Meskipun boleh dikatakan hampir tiada
langsung dasar perjuangan PAS termaktub dalam “kitab suci” Pakatan
Haram, buku Jingga, PAS dan Abdul Hadi terpaksa menahan malu sekali
lagi. Mungkin marak api kemarahan dalam hati, tapi disebabkan patuh pada
dasar bersama dan prinsip konsensus, PAS hanya berdiam diri sahaja
ketika itu.
Selepas
PRU ke-13, ternyata pengorbanan PAS tidak berbaloi. “Tahaluf siyasi”
mereka terbukti tidak membawa pulangan yang positif kepada perjuangan
PAS. Malah PAS semakin teruk menjadi “tunggangan” DAP dan PKR.
Paling teruk, DAP bermati-matian
melancarkan perang terhadap Abdul Hadi dengan matlamat menjatuhkan
beliau dari jawatan Presiden PAS. Pada DAP, mereka mahu PAS diketuai
oleh seorang Presiden yang mahu mendengar kata mereka dan akur pada
arahan mereka?
Pada pandangan saya, mungkin Ahmad Awang
boleh berbuat apa yang dimahukan DAP dan PKR, tapi tidak lagi Abdul
Hadi. Abdul Hadi pada pandangan saya merupakan seorang pemimpin yang
terkenal dengan pendekatan keras, radikal dan tegas dalam perjuangan
PAS. Setelah beliau “dilukai”, tunggu sajalah “ngauman harimau”nya…
Sekiranya Pakatan Haram hancur
sebagaimana yang dikatakan Kit Siang, saya berpendapat adalah tidak adil
untuk meletakkan kesalahan pada bahu Abdul Hadi. Sebaliknya, PAS dan
PKR boleh meletakkan kesalahan tersebut pada Kit Siang dan DAP sendiri.
DAPlah yang memarakkan api kemarahan PAS.
DAP dan PKR bersekongkol menafikan hampir semua dasar PAS yang merujuk
pada dasar Islam. Hinggakan hukum hudud yang tiada kena mengena dengan
golongan bukan Islam pun DAP nak menyebok campur tangan?
DAP juga bertanggungjawab menyerang Abdul
Hadi dan memalukan PAS secara terbuka di media. DAP yang membakar
jambatan sebenarnya, bukan PAS. Tapi PAS jugalah yang menjadi mangsa
tuding jari DAP! Kalau saya ditempat Abdul Hadi, saya pun marah…
Pada PAS, mungkin mereka dapat menahan
sabar sekiranya DAP bermasalah dengan Abdul Hadi. Namun apabila DAP dan
PKR bersekongkol menolak hukum hudud di Kelantan, pada PAS tindakan itu
benar-benar mencetus kemarahan mereka kerana menolak usaha melaksanakan
perintah dan hukum Allah.
Justeru itu, meletakkan diri dalam
kelompok PAS, saya dapat melihat kegagalan DAP dalam memahami isu
sebenar yang menjadi punca pergolakan di dalam Pakatan Haram.
Tegasnya,
Kit Siang, Guan Eng dan DAP merupakan punca sebenar kemusnahan Pakatan
Haram.
Kesimpulan saya amat mudah. PAS
sewajarnya perlu bergerak secara solo seperti dulu jika tidak mahu
melihat perjuangan mereka dicemari DAP dan PKR lagi selepas ini. PAS
mampu bergerak dan berdiri atas kaki sendiri dan berlaku sebagai
pembangkang yang sihat dalam menentukan “check and balance” di Dewan
Rakyat sebagaimana dulu.
Hakikatnya, hanya DAP dan PKR saja
sebenarnya yang tidak sanggup “kehilangan” PAS.
Atau lebih tepat lagi,
DAP dan PKR risau sekiranya mereka hilang “haiwan tunggangan” mereka
yang ampuh “diperkuda” sejak 2008. Itu yang mereka takutkan.
Bermuktamarlah PAS dengan lapang dada
kali ini. Saya benar-benar teruja untuk mengetahui keputusan pemilihan
PAS kali ini. Dan selepas keputusan diperoleh, kita boleh jangka sama
ada PAS akan mundur ke belakang, atau akan kembali sebagai pembangkang
yang sihat. Wallahu’alam.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment