Wednesday, May 20, 2015

Kabinet Bayangan: DAP Mula Jarak Diri

EDITOR MENULIS...
20 MEI 2015

Apabila parti DAP – tanpa sebarang provokasi secara tiba-tiba mengadakan kabinet bayangan mereka sendiri, itu bermaksud parti tersebut sudah mula bertindak menjauhkan diri dari PKR dan PAS.
kabinet bayangan
Saya yakin, maklum balas dari pengundi tradisi mereka, pengundi cina dalam 2 pilihanraya kecil baru=baru ini, telah  menyebabkan kepada keadaan sekarang. Nampak disitu, hudud yang dibawa PAS, betul-betul boleh menjahanamkan Pakatan.  Sebelum terjungkam, lebih baik DAP hantar mesej jelas kepada pengundi mereka bahawa parti tersebut tidak ada kaitan dengan PAS dan hudud.

Yang PKR sebab parti itu gagal tunjuk pendirian yang sebenar mengenai hudud ini, nak sokong atau tidak sokong.  Depan Melayu kata lain, depan bukan Islam kata lain.  

Maka ini  PKR pun tersingkir sekali.

Lebih baik selamatkan apa yang boleh dulu, kalau tak boleh nak perintah Malaysia sekalipun, dapat kekal Pulau Pinang dan sebahagian besar dari kerusi-kerusi yang ada sekarang (DUN/Parlimen) pun sudah cukup baik.

Ini motif yang sebenarnya kenapa tiba-tiba buat kabinet bayangan sendiri tu.

Jadi saya berpendapat, adalah lebih baik BN/UMNO mengambil kesempatan dari keadaan yang keruh sekarang untuk kepentingan kita sendiri dan rakyat.  Ternyata, isu hudud ini betul-betul menguntungkan BN dan merugikan Pakatan.

Lupakan Tun Mahathir kerana gerakannya untuk menumbangkan Perdana Menteri sudah musnah setelah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, enggan mengikut terlibat dalam gerakan yang beliau mulakan.

Kalau nak bagi perhatian sekalipun, lakukan secara diam-diam dan tanpa orang lain sedar.

Itu adalah lebih baik kerana rugi kalau kita tidak mengambil kesempatan dari pergaduhan sesama Pakatan yang sedang berlaku sekarang.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment