Saturday, May 16, 2015
Selamat Hai Guru – PM Hargai Jasa Guru
16 Mei 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari
ini menyatakan penghargaan kepada semua guru bersempena sambutan Hari
Guru esok.
Perdana Menteri berkata, walaupun kini mungkin ada perubahan dari
segi kurikulum dan teknik pengajaran, tugas murni guru masih menjadi
tunjang utama dalam memastikan generasi kini dan akan datang menjadi
insan cemerlang sekali gus meneruskan perjuangan memimpin negara.
“Setiap tahun, kita akan menyambut Hari Guru pada 16 Mei bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik kita.
“Saya masih ingat waktu saya belajar dahulu, guru-guru saya pada
ketika itu sangat berdedikasi. Walaupun mereka tegas, namun dalam
ketegasan itu terselit rasa kasih dan sayang,” katanya yang dipetik
dalam laman blog rasminya hari ini.
Menurut Najib, penat lelah jerih payah guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik bagi murid dan pelajarnya.
“Alhamdulillah, saya berada di mana saya berada sekarang berkat hasil didikan mereka.
“Jasa guru tidak mungkin dilupakan dan bagi diri saya sendiri serta
semua rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih cikgu dan
selamat Hari Guru,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment