Wednesday, May 20, 2015

Kenyataan Penuh Perdana Menteri Mengenai Kewangan 1MDB Di Singapura

20 Mei 2015, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah AMLA, dipertanggungjawabkan untuk menerima risikan kewangan daripada pihak berkuasa negara asing. Walau bagaimanapun, sebarang maklumat yang diterima adalah tertakluk kepada protokol kerahsiaan Antarabangsa ( Egmont Principles of Information Exchange ) dan kehendak kerahsiaan di bawah seksyen 10 AMLA. Menurut seksyen 10 AMLA, maklumat yang diterima hanya boleh didedahkan kepada agensi-agensi penguatkuasa berkaitan yang menyiasat kes tersebut di bawah undang-undang mereka setelah mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa asing. 
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/c3/Bank_Negara_Malaysia.JPG
1MDB telah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus ( redeemed , dengan izin) oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang US Dollar di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dollar syarikat. Bank ini merupakan penjaga ( custodian , dengan izin) bagi pihak 1MDB untuk aset tersebut.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment