Wednesday, May 20, 2015

Akui Sanggup Jadi Barua Dap Suatu Yang Amat Memalukan Pas – Bekas Aktivis

21 Mei 2015, Kuala Lumpur : Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tidak kisah jika dianggap ‘barua’ ekoran kenyataannya mengenai ucapan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Kota Bharu dilihat memalukan parti berkenaan.

Bekas Aktivis Pas, Ustaz Reeza Kamarudin berkata sebenarnya langkah sedemikian rupa bukanlah sesuatu perkara yang pelik apatah lagi mengejutkannya kerana daripada awal lagi tindak-tanduk pemimpin Pas  itu sudah diketahui umum.

“Bagi saya tidak ada apa yang peliknya dengan tindakan tersebut…sebelum ini pun kita boleh nampak dan boleh lihat bagaimana tinda-tanduk beliau. Tidak perlu pegi lebih jauh.

“Alangkah molek jika dalam keadaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima pelbagai tekanan khususnya daripada Dap sehingga sanggup memutuskan hubungan dengan Hadi, beliau lantang ke depan. Tak tahulah pula jika sebelum ini beliau orang yang paling lantang” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
khalid-gereja-bjsq
Dilaporkan Khalid Samad berkata beliau rela dimaki susulan pandangannya berkaitan ucapan kontroversi menyentuh isu hudud oleh ketua anggota Parlimen Dap Lim Kit Siang baru-baru ini.

 “Ya, saya tahu dan faham bahawa saya akan turut ‘dibaruakan’ atas sebab tulisan saya ini. Biarkan. Golongan yang tiada hujjah akan menggunakan pendekatan caci maki.

“Biasalah. Kalau sudah akhlak mereka begitu, memang tidak mampu saya katakan apa-apa. Namun bukan keredhaan mereka yang saya inginkan pun, maka ada saya kisah? Hanya Allah tempat saya mengadu dan kepadaNya akan kita semua dikembalikan,” katanya.

 Mengulas lebih lanjut Ustaz Reeza seterusnya menambah kenyataan berkenaan bakal mengundang kekecewan di kalangan ahli Pas itu sendiri.

 “Bayangkan tuan rumah sendiri pun berbunyi dengan soal berkenaan, beliau boleh pula mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Malah jika tidak silap perkara ini telah pun mendapat perhatian dan komentar pucuk pimpinan Pas itu  sendiri.

“Namun nada Ahli Parlimen Shah Alam ini cukup berlainan…terpulang kepada ahli-ahli Pas di seluruh negara untuk membuat penilaian. Bagi saya di luar parti, tindakan berkenaan amat memalukan,” ujar beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment