Friday, May 22, 2015
TPM Gentleman, Akan Letak Jawatan Kalau Tak Sokong PM
EDITOR MENULIS...
22 MEI 2015
Perbincangan tertutup, dimana-mana
sekalipun, adalah tempat dimana orang bebas mengeluarkan pendapatnya
sendiri. Kalau dalam perbincangan rasmi, sekiranya ahli korum nak cakap
perkara-perkara yang menjejaskan, dia akan minta kebenaran untuk
bercakap secara bebas (Permission to speak freely). Kalau ketua korum
itu bersetuju, bolehlah dia bercakap.
Maka itu tidak ada apa yang nak
dihairankan dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin agar semua ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat dalam satu majlis
UMNO, seperti tersebar semalam.
Saya hairan kenapa ada yang
menganggap cadangan seperti itu bermakna Muhyiddin dan Datuk Seri Najib
Tun Razak berbeza pendapat dalam isu berkenaan, walhal ada beza
pandangan yang dibuat secara terbuka dan pandangan yang dibuat secara
tertutup.
Tun Mahathir pun pernah kata Nabi
Muhammad saw tak cukur janggut sebab zaman Nabi tak ada Gillette, tapi
dalam mesyuarat tertutuplah!! Pernahkah kita dengar Tun Mahathir ucap
perkara yang sama secara terbuka? Berani Tun Mahathir, hina Nabi tu,
mau tak sampai 22 tahun jadi PM.
Jadi samalah dalam kes ini pun. Yang
kita tak tahu, Perdana Menteri pun mungkin ada cakap perkara yang hampir
sama dalam pertemuan tertutup, kalau tidak, taklah arahan dibuat agar
siasatan dan audit dijalankan ke atas 1MDB.
Tapi bila berdepan dengan wartawan,
kenyataan perlulah dibuat mengikut lunas undang-undang dan tatacara yang
telah ditetapkan, tak boleh ikut emosi dan semborono macam itu saja.
Zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri bolehlah, ini zaman Najib,
berbeza tu.
Apa pun, saya juga yakin, sebagai
pemimpin yang sudah lama bergelumang dalam UMNO, Muhyiddin tidak akan
terus memegang jawatan itu (Timbalan Perdana Menteri) sekiranya tidak
boleh bersama angin dengan Perdana Menteri.
Beliau yang saya tahu adalah seorang
yang gentlemen, bukan pengecut kondem Perdana Menteri ikut jalan
belakang. Beliau juga pernah membuat kenyataan akan menjadi Timbalan
yang setia.
Jadi yang tak tahu apa-apa ni usahlah kecoh sangat ya.
Oh ya, saya belum nak kena panah petir lagi, #mohonterasa.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment