20 Mei 2015, Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan sekali lagi baki pelaburan di Pulau Cayman yang ditebus oleh syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1MDB berada di sebuah Bank di Singapura.
http://www.pmo.gov.my/images/DatoSriNajibTunRazak_s.png
Najib ketika menjelaskan kekeliruan itu berkata baki pelaburan tersebut dalam bentuk aset dan bukannya tunai seperti yang diberitahu sebelum ini.

“1MDB telah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang US Dolar di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dolar syarikat.

“Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset tersebut.

“Berhubung dengan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat pada 10 Mac 2015, jawapan tersebut adalah dipinda seperti kandungan bertulis di atas,” katanya.