Saturday, May 16, 2015
Kes Dato Ishak: Polis Perlu Ambil Tindakan Atas Individu Tuduh PM Arah Hakim
EDITOR MENULIS...
16 MEI 2015
Sepucuk surat dari pejabat Perdana
Menteri yang mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng,
Dato Ishak Ismail agar menyelesaikan kes kebankrapannya, telah
difitnahkan pembangkang sebagai campur tangan Perdana Menteri dalam
bidang kehakiman.
Dakwaan itu sedang tersebar luas di media sosial sekarang.
Saya sendiri pun tidak faham dengan
apa cara surat itu dikatakan sebagai campur tangan Perdana Menteri dalam
bidang kehakiman bila surat tersebut dialamatkan kepada Ishak, bukan kepada hakim yang mengeluarkan perintah tersebut?
Arahan dalam surat itu pun jelas agar
Ishak menyelesaikan masalah hutangnya itu di luar Mahkamah kerana
perintah kebankrapan tersebut belum muktamad. Dalam kes seumpama ini,
masih ada proses-proses perundangan dan perbincangan lain yang boleh
dilakukan, ini biasa.
Itu yang dimaksudkan dalam surat
tersebut agar Ishak menyelesaikan isu tersebut dengan segera. Kenapa ada
surat? Sebagai bukti Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan
tersebut kepada Ishak – bukan kepada Mahkamah. Beliau Presiden UMNO dan
Pengerusi BN, apa masalah keluar arahan kepada ADUN BN?
Penyokong Pakatan yang buat cerita bodoh
ini mungkin tersilap Perdana Menteri yang ini dengan mantan Perdana
Menteri Tun Mahathir yang kerap dikaitkan dengan dakwaan campur tangan
dalam bidang kehakiman. Tun Mahathir mungkinlah, Datuk Seri Najib tidak
mungkin.
Justeru, pihak SKMM dan polis perlu
mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial yang membuat dan
menyebarkan dakwaan tidak berasas ini. Ini perkara serius kerana ia
membabitkan intergriti badan kehakiman, selain imej Perdana Menteri
sendiri.
Siasatan ini juga mampu mengenal pasti dalang di sebalik penyebaran maklumat palsu ini.
Pakatan memang sentiasa mencari jalan
untuk menjejaskan kredebiliti Perdana Menteri dan sistem kehakiman di
negara kita kerana dengan cara itu mereka ada jalan untuk mengeluarkan
Anwar dari penjara.
Ya, Anwar. Walaupun kes ini tidak
berkaitan sama sekali tapi yang mahu ditonjolkan ialah kononnya Perdana
Menteri campurtangan dalam sistem kehakiman. Kes Ishak ini dan surat
pejabat Perdana Menteri tersebut hanya sebab sahaja untuk mengelirukan
rakyat.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment