Sunday, May 31, 2015

Wowww..Calon Presiden PAS Tidak Kisah Dituduh Proksi DAP

ahmad awang proksi dap 
EDITOR MENULIS...
29 Mei 2015

Samada tuduhan atau sekadar persepsi, adalah lebih bijak bagi seseorang individu itu memberi penerangan lantas menafikan sekiranya ianya tidak benar.

Apatah lagi, jika tuduhan tersebut bersifat “direct”, serta tidak memerlukan sebarang penyiasatan, atau audit yang terperinci bagi membuktikan dirinya tidak terbabit.

Namun, apa yang sedang berlaku ke atas Ahmad Awang cukup aneh, apabila beliau sendiri tidak kisah digelar “proksi DAP” di dalam PAS. Tidak kisah bermakna ada kebenaran tuduhan tersebut. Adakah begitu?

Saya sendiri terkejut dengan kenyataan beliau di dalam sebuah portal, yang secara tidak langsung seolah-olah bersetuju dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di kalangan penyokong PAS.

Berdasarkan cerita-cerita politik, Ahmad Awang didakwa individu yang menentang keras pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Perak pada 2008. Jika ianya benar sekalipun, rasanya ia bukan asas yang kuat untuk melabel beliau sebagai “proksi DAP” di dalam PAS.

Walau bagaimanapun, mana mungkin pokok bergoyang, andaikan tiada angin, kan?

Hakikatnya, kebelakangan ini Ahmad Awang kerap muncul di media-media untuk membuat kenyataan yang dilihat “menentang” kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang. Antaranya ialah berkenaan isu hudud.

Dari pemerhatian saya, isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Awang mempunyai kecenderungan yang hampir sama dengan isu yang dilontarkan oleh pimpinan DAP. 

Nada dan irama yang sama, dibantu “pitching” dan “falseto” dalam “key-note” yang sama, menjadikan tuduhan atau persepsi ke atas dirinya seolah-olah hakikat sebuah kebenaran.

Ia disokong dengan kenyataan empunya badan, bahawa dia tidak kisah jika dilabel sebagai “proksi DAP”. Hebat!

Suratan atau kebetulan, bukanlah perkara utama. Yang penting, apakah PAS akan mengorak langkah drastik dengan meminggirkan prinsip dan perjuangan yang sekian lama menjadi kiblat politik mereka, lantas mengangkat Ahmad Awang sebagai Presiden yang baru.

Segalanya akan terungkai apabila Muktamar PAS ke 61 melabuhkan tirainya hujung minggu hadapan.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment