Monday, May 18, 2015

Takut Saman Lebih Dari Takut Tuhan?

IMG-20150518-WA0005
EDITOR MENULIS...
18 Mei 2015

Saya difahamkan seorang negarawan yang lantang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan syarikat 1MDB dengan kehilangan wang negara sebanyak RM 42 billion sebelum ini, mula menafikan pernah membuat apa-apa kenyataan seperti itu.

Malah beliau melabel orang yang menuduhnya pernah membuat kenyataan seperti  itu sebagai ‘BANGANG’.  Kononnya beliau tidak mengatakan RM 42 billion itu hilang tapi sebaliknya hutang.

Penafian ini dipercayai dibuat beliau setelah Pengarah Urusan 1MDB, Arul Kanda, mengeluarkan amaran akan menyaman semua pihak yang didapati memfitnah syarikat tersebut selepas siasatan audt selesai.  Nampaknya negarawan berkenaan lebih takut saman dari kemurkaan Tuhan kerana memfitnah.

Begitupun, negarawan ini tersilap kalau sangka boleh lepas kerana kita mempunyai banyak bukti yang menunjukkan beliau memang pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu, nak lari mana?

Sementara keputusan saman atau tidak akan diuruskan 1MDB, penulis paling kasihan sudah tentulah kepada para pengikutnya yang mati-mati percaya bahawa 1MDB dan Datuk Seri Najib ada menggelapkan wang negara sebanyak itu.

Berbuih mulut kita menafikan, mereka masih tidak peduli.  Sebab apa?  Sebab negarawan itu yang cakap.

Dimanakah kelompok ini mahu meletakkan muka sekarang setelah negarawan berkenaan memutar balik kenyataannya.  Lepas ini nak pusing ke mana pun tetap kena sebab bukan satu bukti yang kita cakap ni, tapi ada banyak.

Saya pernah berada dalam situasi ini dulu.  Lebih 10 tahun saya percaya George Soros ialah penyangak mata wang yang hampir melumpuhkan ekonomi negara kerana negarawan tersebut cakap, tapi diakhirnya elok saja Soros dan negarawan itu berpeluk bagai, macam tidak ada apa-apa masalah.

Syukur hari ini saya bukan berada di sebelah yang berpihak dengan negarawan berkenaan.  

Kalau tidak jenuh juga.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment