Monday, May 18, 2015

Kritik Pemimpin Secara Terhormat – Salleh

19 Mei 2015, Kuala Lumpur : Mana-mana pihak yang mahu mengkritik pemimpin negara perlu melakukannya dengan cara terhormat kerana ketiadaan rasa hormat, hanya mencerminkan keperibadian pengkritik itu sendiri. 
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/10/15/KERUAK.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, sebagai contoh, perhimpunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Ipoh semalam jelas menunjukkan satu serangan tidak hormat dan bersifat peribadi terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini bukan jenis perhimpunan yang kita inginkan daripada seorang negarawan seperti Dr. Mahathir. Itu seperti ceramah parti-parti pembangkang yang biasa diadakan di kampung dan agak memalukan untuk melihatnya,” katanya dalam blog miliknya, http://sskeruak.blogspot.com, hari ini.

Jelas Salleh, perhimpunan yang dihadiri Dr. Mahathir sangat riuh dan bising dengan orang ramai yang mengejek, memperlekeh serta menjerit-jerit.

Katanya, Dr. Mahathir juga menggelar Najib penipu yang boleh membawa maksud pendusta atau menipu dan banyak blog pembangkang serta laman web mengulangi perkataan sama selain banyak serangan peribadi menyentuh mengenai keadaan kesihatan Abdullah, iaitu berkaitan masalah tidur yang dihidapinya.

Menurut Salleh, Dr. Mahathir juga mengakui bahawa beliau memaksa Abdullah untuk mengambil Najib sebagai timbalannya dan kemudian memaksa Abdullah meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Najib.

“Sekarang, Dr. Mahathir mahu Najib meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Tan Sri Muh­yiddin Yassin. Dengan pengakuan Dr. Mahathir itu, jelas beliau mahu menjadi orang yang membuat keputusan siapa yang memerintah Malaysia selepas pemerintahannya.

“Bagaimanapun, apa yang beliau tidak sahkan semalam ialah apabila Muhyiddin mengambil alih daripada Najib, siapa pula yang Dr. Mahathir mahu untuk jadi Timbalan Perdana Menteri? Siapa sahaja yang mungkin dinamakan, apa yang Dr. Mahathir mahu adalah bahawa Perdana Menteri perlu dilantik daripada pilihannya, yang ditentukan olehnya dan seseorang yang akan mendengar arahannya,” ujarnya.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment