Tuesday, May 19, 2015

Mahfuz Perlu Belajar Dari Pengerusi TH Sebelum Cakap Tentang Rohingya


Mahfuz-Bean-Sirul
EDITOR MENULIS...
19 Mei 2015

Saya sememangnya suka bila Mahfuz Omar bercakap. Bukan apa. Sepanjang lebih berbelas tahun memerhati dunia politik negara, saya kira dia merupakan ahli politik yang paling “bijak” dalam mengeluarkan kenyataan. Mungkin kerana dia memiliki tahap “IQ” yang luar biasa “tinggi”nya.

Terbaru, Mahfuz bercakap soal pelarian etnik Rohingya dari Myanmar. Lagaknya bagai Menteri Luar. Bagai “superhero” yang mampu menyelamatkan umat Islam yang dizalimi kerajaan Myanmar di sana. Lagaknya bagai superman, ultraman dan captain amerika…

Mahfuz mengarahkan Malaysia menjalankan operasi menyelamat pelarian-pelarian etnik Rohingya yang dikatakan sedang berada di tengah laut sambil mengecam kerajaan yang kononnya “berdiam diri” tanpa berbuat sesuatu mengenainya.

Seterusnya, Mahfuz mahu Malaysia menyelesaikan masalah yang timbul di antara etnik Rohingya dengan kerajaan Myanmar.

Memikirkan kenyataan Mahfuz itu, saya fikir mungkin Mahfuz menganggap menyelesaikan masalah di Myanmar itu bagai nak buat pisang goreng, semudah A, B, C. Dia fikir menyelamatkan ribuan etnik Rohingya itu seperti mengangkat beg penumpang pesawat di lapangan terbang?

Saya selalu tertanya-tanya, entah apa kualiti yang ada pada Mahfuz yang menyebabkan dia dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS. Sudahlah tidak fasih berbahasa Inggeris, apa yang keluar dari bibirnya bagaikan sampah-sampah belaka.

Saya ingin bertanya, pernahkan Mahfuz ke Myanmar dan melihat dengan mata kepala sendiri kehidupan masyarakat Rohingya di Myanmar?

Untuk pengetahuan Mahfuz, Rohingya bukan nama tempat atau daerah di Myanmar, tapi merupakan salah satu nama etnik dari ratusan etnik di Myanmar. Etnik Rohingya majoritinya tinggal di wilayah Rakhine yang bersempadan dengan Bangladesh. Faham?

Pada saya, untuk dibenarkan masuk ke Rakhine, ia bukan merupakan sesuatu yang mudah. Jika sudah masuk ke sana, nyawa kita boleh melayang pada bila-bila masa sahaja, khususnya jika mereka tahu kita beragama Islam.
rohingya1
Sebetulnya, saya pernah lebih seminggu di Rakhine. Menyelami kehidupan masyarakat Rohingya yang dilayan seolah seperti binatang di dalam kandang. Boleh dikatakan nyawa mereka bagai tidak berharga di sana dan boleh mati pada bila-bila masa sahaja.

Dalam penelitian saya, sememangnya memerlukan masa yang panjang, kebolehan mengadakan rundingan yang tinggi dan hebat, serta jalan penyelesaiannya bakal melalui proses yang sangat rumit dan mampu membawa ke jalan buntu sekiranya tidak diteliti sehalus-halusnya.

Menyelesaikan masalah yang berlaku di negara orang bukanlah satu kerja mudah. Kita boleh dilabel sebagai penceroboh kedaulatan sesebuah negara. Mahfuz mahu kita ceroboh kedaulatan negara orang, kah? Jika kita tidak mahu orang campur tangan konflik rumahtangga kita, kita jangan campur konflik rumahtangga orang lain. Lainlah jika Mahfuz memang suka “selak kain orang”, kan?

Memang Malaysia boleh hantar pasukan penyelamat dalam misi bantuan pelarian Rohingya itu. Tapi apa pula tugas UNCHR? Kemudian, ke mana kita harus menghantar pelarian-pelarian itu? Ke markas PAS? Ke rumah Mahfuz di Pokok Sena? Kalau di bawa masuk ke Malaysia, nanti Mahfuz kata UMNO bawa masuk “pengundi hantu” pula, kan?

Di Australia dan Singapura, setahu saya pihak berkuasa di sana akan memberi amaran kepada bot-bot yang membawa pelarian itu untuk keluar dari perairan mereka. Jika berdegil, mereka akan membedil bot-bot berkenaan hingga karam. Jika ada pelarian yang masuk ke negara mereka juga, khabarnya akan disebat sebelum dihantar pulang secara paksa ke negara asal.
rohingya_0
Malaysia tidaklah sekejam itu, kan? Biarpun ditahan pihak berkuasa Imigresen, pendatang tanpa izin mahupun pelarian yang tidak berdaftar dengan UNCHR akan diletakkan di pusat-pusat tahanan PATI. Jika berdaftar dengan UNCHR, sudah tentu akan dihantar ke pusat UNCHR di negara ini. Itu kelazimannya setahu saya.

Jadi, tidak perlulah Mahfuz mengajar pihak kerajaan untuk menangani isu pelarian Rohingya itu. Kerajaan dan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sendiri pernah mengetai misi bantuan dari Malaysia untuk saudara seagama kita di sana. Kerajaan Malaysia sudah 100 langkah mendahului Mahfuz sebenarnya…

Pada saya, jika benar Mahfuz mahu membantu etnik Rohingya, Mahfuz boleh kerah seramai mungkin Unit Amal PAS ke tengah laut untuk membantu ribuan pelarian itu. Bagaimana untuk lakukan itu semua, ia persoalan yang perlu Mahfuz fikirkan sendiri. Bukankah Mahfuz “bijak”…

Setakat bercakap saja, saya kira budak sekolah tadika PASTI pun boleh boleh buat. Seharusnya sebagai Ketua Penerangan PAS, Ahli Parlimen dan wakil rakyat, Mahfuz perlu berfikir lebih hebat dari tahap budak tadika PASTI. Janganlah cakap saja pandai, cuba buat tengok… Wallahu’alam.

Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment