Friday, May 22, 2015

Isu Video Di Janda Baik: Penjelasan Oleh Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR 24 November 2014. Presiden UMNO, Datuk Seri, Najib Razak (kiri) berbual sesuatu dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Forum Antarabangsa " A Hyperconnected World, Challenges in Nation Building", sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur. NSTP/ ABDULLAH YUSOF
22 Mei 2015, Kuala Lumpur : Berikut adalah penjelasan dari Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkenaan dengan isu video ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Janda Baik, yang telah dirakam dan disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya menerima penjelasan ini melalui aplikasi What’sApp.
Penjelasan 1:
Sebagai Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia saya telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap punca rakaman dan penyebaran.

Penjelasan 2:
Ianya telah dilakukan oleh seorang Timbalan Ketua Bahagian yg tidak sepatutnya hadir. Rakamannya telah disebarkan di kalangan rakan2nya di bahagian dan di kalangan telegram TKUB. Sekretariat tidak tahu menahu.

Penjelasan 3:
Saya telah meminta sekretariat mengambil tindakan segera kerana ianya merosakkan imej KERIS 2314 yg diprogramkan bagi memupuk dan memperkasa perpaduan di semua peringkat.

Penjelasan 4:
Ucapan TSM di luar rangka kursus.

Penjelasan 5:
Mulai siri ke 12 nanti pihak sekretariat tidak akan membenarkan handphone dan sebarang alat rakaman di bawa masuk ke dewan kursus.
Penjelasan 6:

Sebelum ini dan selepas ini tidak akan ada ucapan perasmian atau penutupan selain dari sekretariat. Kerana ketika itu 4 bahagian hadir:

1. PAGOH 2. BENTONG 3. HULU LANGAT 4. PONTIAN.

TSM hadir atas kapasiti sebagai Ketua Umno Bahagian Pagoh.
Sama2 berusaha utk meredakan keadaan.

Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment