Wednesday, May 27, 2015

Tidak Benar Goldman Sachs Pernah Terlibat Jenayah


goldman
27 Mei 2015, Kuala Lumpur : Nampaknya semakin ramai yang percaya 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan atau mengakibatkan negara ini hilang wang negara sebanyak RM 42 billion.  Yang tukang tuduh pun kata RM 42 billion itu sebenarnya adalah hutang, bukan hilang.

Siapa kata hilang, dia kata orang itu bangang.

Isu yang besar-besar hampir kesemuanya dah tengelam, tindakan pro aktif 1MDB dan kerajaan menjawab dakwaan yang dilemparkan, berjaya menunjukkan kesan.  Hari Ahad fitnah, hari Ahad juga jawab, tak tunggu Isnin – selain isu berkenaan tidak langsung mendatangkan kesan kepada rakyat kebanyakkan seperti dibuktikan di Rompin dan Permatang Pauh.

Tapi bagi yang masih tidak berputus asa dan kecewa melihat 1MDB dan Datuk Seri Najib tidak terjejas, macam-macam perkara kecil cuba dibesarkan untuk menghidupkan perjuangan yang semakin malap.

Yang terbaru, dakwaan kononnya syarikat Goldman Sachs yang menguruskan pelaburan 1MDB di Cayman Island, pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah kewangan di Amerika Syarikat.  Untung yang berjaya diperolehi langsung tak sentuh, latar belakang syarikat yang menguruskan pulak kena.

Tak betul tu.

Mana pulak Goldman Sachs pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.  Memang, ada cubaan oleh Senat Amerika untuk ke arah itu tahun 2011 tapi Jabatan Keadilan negara tersebut tidak ada bukti yang boleh mengaitkan syarikat tersebut dengan apa-apa kesalahan pada tahun 2012.


Sekarang pun Goldman Sachs sedang berhadapan siasatan kerana dakwaan berkongsi maklumat sulit pelanggan mereka, tapi apa kena mengena dengan 1MDB lagi kalau pun syarikat tu didapati bersalah?  Untung dari pelaburan itu dah dibawah keluar, di simpan dalam bentuk aset di Singapura.

Pendapat memang banyaklah dari individu dan pertubuhan tertentu yang kata Goldman Sachs ni penjenayah kewangan terbesar di Amerika tapi apa beza dengan pendapat yang mengatakan Tun Mahathir ‘lanun’ yang bertanggungjawab menghilangkan ratusan billion wang negara sepanjang 22 tahun memerintah?

Tak cukup nak kata polan dan polan sebagai penjenayah hanya berdasarkan pendapat semata-mata. Mesti ada bukti yang kukuh untuk menyokong pendapat tersebut.

Lagipun syarikat ini beroperasi di lebih 30 buah negara (termasuk negara kita), logiknya kalau ia pernah terbabit dengan jenayah kewangan, kenapa ia masih dibenarkan beroperasi di semua negara tersebut, termasuk Amerika Syarikat sendiri?

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment