Tuesday, May 26, 2015

RMK11 Fokus Rumah Mampu Milik, Kesinambungan Tradisi Bela Rakyat

25 Mei 2015, Kuala Lumpur : Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap memahami keperluan rakyatnya dengan terus komited membina rumah mampu milik sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) minggu lalu, ujar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Muhammad Nazri Mohd Amin.

Menurut beliau, kesungguhan kerajaan dalam hal ini dapat dilihat kepada pencapaian sehingga RMKe-10, sebanyak 76.1 peratus daripada isi rumah keseluruhannya sudah memiliki rumah manakala 75.3 peratus kediaman isi rumah bagi golongan berpendapatan rendah.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan di dalam memenuhi keperluan rakyat bukan sahaja baharu dirancang dan dilaksanakan, tetapi sejak dahulu lagi, bermula RMK yang pertama hinggalah yang terkini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

RMKe-11 yang bermula tahun 2016 hingga 2020 itu dengan tema Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat wawasan 2020 dengan enam teras strategik.
1947499_482581508556593_7510794875080110336_n
Enam teras strategik tersebut ialah memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama, meningkatkan kesejahteraan rakyat, meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju, menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampuan dan daya tahan, memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.

“Pastinya sebagai generasi muda ini, saya amat mengalu-alukan atas keprihatinan kerajaan yang tetap mendengar denyut nadi rakyat, terutamanya dalam hal pemilikan rumah mampu milik.

“Kerajaan juga perlu fokus kepada pemilikan rumah ini kepada golongan berpendapatan rendah dan juga sederhana terutama di bandar-bandar besar dan pinggir-pinggir bandar dengan memberi kemudahan kredit yang fleksibel dan juga diskaun sebanyak sepuluh peratus.

“Tentunya sukar kepada generasi muda terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana yang dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi, dan diharapkan dengan dasar yang diteruskan ini dapat mengimbangi perbelanjaan dan pendapatan mereka untuk memiliki rumah,” ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang itu.

Tambahnya lagi, dasar-dasar kerajaan di dalam pemilikan rumah mampu milik ini dilihat telah meliputi keseluruhan golongan, bagi yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar telah dilaksanakan melalui program-program seperti program bantuan rumah, perumahan rakyat, rumah idaman rakyat dan rumah mesra rakyat 1Malaysia.

Begitu juga perumahan mampu milik bagi isi rumah berpendapatan sederhana pula telah dilaksanakan melalui program seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan skim ‘MyHome’, katanya lagi.

“Justeru itu, masalah bantuan bagi mendapatkan pembiayaan juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh kerajaan di dalam membantu mereka ini berjaya memiliki rumah.

“Seharusnya pihak-pihak yang berkaitan perlulah menyokong usaha-usaha kerajaan ini demi kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau perpandangan tiada keperluan untuk masyarakat memilih selain daripada kerajaan yang sedia ada untuk mentadbir negara, kerana BN sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyatnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment