Tuesday, May 26, 2015
Tidak Pelik Dua Minggu Tunggu Musnah… Kehancuran Sudah Lama
25 Mei 2015, Kuala Lumpur : Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Anuar Shaaari sedikit pun tidak terkejut dengan bayangan
Penasihat Dap, Lim Kit Siang bahawa pakatan pembangkang mungkin tiada
dalam tempoh dua minggu lagi.
Menurut beliau daripada awal lagi perkara tersebut sudah nampak
petanda setelah masing-masing hanya boleh berkongsi pentas yang sama
untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) namun berlainan agenda
serta hala tuju.
“Sebab itu bagi saya tidak pelik dengan apa yang dibayangkan oleh
Penasihat Dap itu kerana bayang-bayang berkenaan telah pun wujud sejak
mereka mewujudkan kerjasama antara satu sama lain sebelum ini.
“Bayangkan… agendanya lain-lain dan sekadar berpaksikan kepada
bersetuju untuk tidak bersetuju bagi menyedapkan hati masing-masing
dalam usaha menjayakan pakatan yang dilaksanakan.
“Lagi satu bayangan berkenaan menunjukkan bahawa segala yang mereka
canang dan segala yang mereka tuturkan serta yang mereka pamerkan selama
ini kepada masyarakat umum jelas hanyalah sekadar retorik semata-mata,”
katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata Dap, PKR dan Pas, tiga parti
komponen dalam pakatan pembangkang mungkin tidak akan wujud lagi dalam
tempoh dua minggu lagi.
“Ini merupakan perkembangan politik paling tidak munasabah,” kata Lim dalam laman blognya pada Ahad.
Anuar Shaari seterusnya menambah retorik dan lakonan yang dipaparkan
oleh ketiga-tiga parti di dalam pakatan pembangkang nampaknya bakal
terungkai sekiranya apa yang dibayangkan oleh Kit Siang itu benar-benar
menjadi realiti.
Ujar beliau lagi segala wayang yang dipamerkan sebelum ini tidak
lebih sekadar menjerat mereka sendiri yang cukup ghairah terutama
menjelangnya Pilihan Raya Umum yang lalu menerusi misi mereka ‘Road To
Putrajaya’.
“Mana perginya “Road To Putrajaya’… Mana hilangnya prinsip kesatuan
mereka di dalam pakatan pembangkang. Jika asasnya yang goyah, percayalah
tidak akan ke mana. Asas yang hanya sekadar untuk tumbangkang BN tidak
mampu untuk mengikat ketiga-tiga parti berkenaan untuk terus berada di
dalam satu kapal.
“Bukankah jika tiga nakhoda dalam satu kapal dengan hala tuju
pelayaran yang berlainan bakal menggoyahkan kapal berkenaan. Itulah
tafsiran yang tepat bagi bayangan tersebut,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment