Monday, May 25, 2015
Pohon Tangguh Hadap PAC Bukan Perkara Luar Biasa
25 Mei 2015, Kuala Lumpur : Persetujuan Jawatankuasa Parlimen Kira-Kira Wang
Negara (PAC) untuk menangguhkan sesi pendengaran bersama Ketua Pengarah
Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dan bekas CEO
1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim menunjukkan PAC bersikap profesional dan
bertanggungjawab dalam mencari kebenaran.
Menurut Pengerusi PAC Parlimen Malaysia, Datuk Nur Jazlan Mohamed,
kedua-dua mereka dilaporkan mempunyai urusan di luar negara pada pada
esok hari.
Kedua-dua mereka juga memerlukan masa untuk meneliti
persoalan-persoalan yang bakal ditimbulkan dan menyediakan dokumen yang
diperlukan.
Untuk rekod, PAC hanya mengumumkan pada 11 Mei lalu untuk memulakan
siasatan segera ke atas 1MDB sedangkan sepatutnya dilakukan selepas
siasatan Ketua Audit Negara selesai.
Kedua-dua mereka pula perlu hadir ke PAC pada 26 Mei 2015. Ini satu jangka masa yang sangat singkat.
Dalam tempoh dua minggu agak mustahil untuk kedua-dua mereka
melapangkan diri dari jadual yang telah diatur dan menyediakan dokumen
yang diperlukan.
Bagi Arul Kanda sendiri beliau baru sahaja menjawat jawatan CEO 1MDB pada Januari 2015 memerlukan masa untuk meneliti semua tuduhan yang dikemukakan berlaku
pada zaman sebelumnya. Justeru adalah adil untuk beliau memohon masa
untuk meneliti semua perkara sebelum berhadapan dengan PAC.
Penangguhan sesi PAC bukanlah sesuatu perkara luar biasa atau 1MDB mendapat keistimewaan yang luar biasa.
Pada JUN 2010, Sime Darby Berhad (Sime Darby) pernah meminta
pertemuan pihak syarikat milik kerajaan (GLC) itu dengan Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) ditangguhkan selama dua bulan.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid ketika itu dilaporkan berkata,
ini kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih
dahulu berhubung isu kerugian syarikat itu yang dilaporkan berjumlah
lebih RM1.63 bilion sebelum ini.
“Sime Darby telah minta tangguh sehingga Ogos sebab ada siasatan dan
perkara yang masih belum selesai dan tidak memungkinkan mereka memberi
penjelasan esok,”
Dalam konteks ini jelas PAC yang dianggotai oleh wakil rakyat
kerajaan dan pembangkang bukan bertujuan menjatuhkan sesiapa, sebaliknya
mahu mencari kebenaran.
Jika kebenaran tersebut memerlukan masa tentulah mereka perlu memberi ruang dan masa mendapatkan kebenaran tersebut.
Seperti kata Nur Jazlan, penangguhan tersebut dipersetujui oleh
Jawatankuasa PAC yang turut dibarisi lima Ahli Parlimen Pembangkang, dan
mereka bersetuju memberi tempoh masa kepada pengurusan 1MDB untuk
bersedia dengan semua maklumat dan dokumen sebelum hadir pada prosiding
akan datang.
“Kita juga menganggap penangguhan ini akan memberikan masa untuk
mereka menyediakan segala dokumen dan maklumat yang diperlukan PAC untuk
membantu siasatan kami.”
Dalam mana-mana prosiding mencari keadilan, masa perlu diberi kepada
pihak yang terbabit menyediakan dokumen dan jawapan supaya pada akhirnya
yang kita dapat ialah kebenaran bukannya sebagai satu tindakan
“witch-hunts” atau menyediakan kambing hitam untuk dipersalahkan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment