Monday, May 25, 2015
Kira Undi Pemilihan Pun Tak Betul, Nak Komen Firma Audit Terkenal
EDITOR MENULIS...
25 Mei 2015
Gamaknya bulan April & Mei ini musim
generasi tua politik naik sawan dan merapu yang bukan-bukan. Lepas
satu-satu, yang kononnya penyokong UMNO macam itu, yang luar UMNO apatah
lagi.
Ini saya rujuk kepada kenyataan
terbaru Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mempertikai firma-firma audit
antarabangsa seperti Deloitte, KPMG dan Ernst & Young yang mengaudit
akaun 1MDB sejak mula ditubuhkan pada tahun 2009.
Kit Siang nampaknya setaraf dengan Tun
Mahathir – pelupa. Lupa yang kira undi pemilihan parti dia pun tak
betul sehingga semua pemenang tak disahkan jawatan masing-masing oleh
pihak Pendaftar Pertubuhan sampai sekarang, ada hati nak komen pasal
syarikat-syarikat audit terkenal dunia yang disebutkan di atas.
Apa jadi kes itu pun kita masih tak tahu tersangkut dekat mana.
Bagaimanapun kita minta Kit Siang usah campur dalam hal ini lagi (1MDB) kerana siasatan sedang dijalankan oleh pelbagai pihak.
Jika Kit Siang masih belum sedar, ini
(siasatan PAC) perkara besar yang sedang berlaku kerana sebelum ini
banyak juga wang negara yang digunakan untuk menyelamat/menyuntik dana
kepada syarikat-syarikat kerajaan seperti MAS, Perwaja, Proton dan
sebagainya pada akhir 90-an dan awal abad ke 21, tapi hujung pangkalnya
siapa pun tak tahu sebab tidak ada siasatan dalam apa bentuk dijalankan.
Maka itu seharusnya siasatan ini
dibenarkan berjalan seperti sepatutnya dan tidak diganggu dengan
kenyataan-kenyataan tidak berasas atau tidak serupa bikin seperti mana
yang keluar dari mulut Kit Siang ini.
Kalau Kit Siang rasa nak menyibuk juga,
kenapa tidak selesaikan hutang lama dengan Tun Mahathir dalam isu RM 30
billion wang negara yang hilang akibat perniagaan matawang asing pada
awal 90-an. 21 tahun lamanya soalan Kit Siang di Parlimen tidak
mendapat jawapan yang kukuh dari Tun Mahathir.
Buru yang itu dulu.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment