Monday, May 18, 2015
Perdana Menteri: “Biar Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”
EDITOR MENULIS...
18 MEI 2015
“Biar
Bumi Berkeping Dua, Namun Saya Tidak Akan Ubah Haluan”; begitulah tekad
Perdana Menteri Najib Razak dalam menempuhi gelora gerakan dari mantan
Perdana Menteri yang mahu beliau meletakkan jawatan.
Kata-kata Perdana Menteri itu memberi
makna yang mudah, bahawa beliau akan terus memimpin kerajaan dan parti
tanpa mahu tunduk kepada desakan Tun Mahathir. Rasional keputusan
Perdana Menteri ini adalah berdasarkan apa yang pernah diucapkan oleh
Tun Mahathir sendiri, iaitu selagi ahli parti memberi kepercayaan
kepadanya, waima satu undi sekalipun, beliau akan tetap meneruskan tugas
sebagai Perdana Menteri.
Apatah lagi, pendekatan transformasi
politik Presiden UMNO Najib Razak adalah berpandukan demokrasi terbuka,
dengan tidak lagi bergantung kepada sistem “undi bonus” dan “kuota” yang
menyaksikan semua ahli berhak untuk bertanding sebarang jawatan parti.
Itu belum diambil kira dari segi kebebasan akhbar, yang menyaksikan
Perdana Menteri sendiri menerima kritikan di media massa dan media
elektronik; sesuatu yang hampir tidak dapat kita melihatnya pada suatu
ketika.
Atas dasar itulah, mandat dan kepercayaan
yang telah diberi, maka Perdana Menteri Najib Razak akan terus
mengepalai parti dan negara.
Sokongan Hadi Awang kepada Najib Razak
mungkin ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran.
Namun, kini saya
menyedari bahawa keduanya berkongsi pengalaman yang sama, apabila cuba
digulingkan oleh sekutu sendiri. Maka tidak hairanlah Hadi Awang memilih
untuk menyatakan sokongan terhadap Najib Razak, atas dasar beliau
dipilih sebagai Presiden dan Perdana Menteri melalui sistem yang adil
dan demokrasi. Cuma, apakah sokongan ini juga membawa kepada isyarat
“perpaduan”? Kita tunggu dan lihat
Selain mengupas isu berkenaan, Perdana
Menteri juga mengambil peluang untuk menerangkan serba ringkas isu-isu
semasa seperti isu pembelian tanah oleh Tabung Haji, 1MDB, GST dan juga
BR1M.
Sewaktu menerangkan isu BR1M, para
hadirin bersuara “tidak setuju” apabila Perdana Menteri mengutarakan
cadangan untuk membatalkan BR1M dan serta merta mereka mengangkat tangan
seraya berkata “setuju” apabila Perdana Menteri bertanya “siapa setuju
teruskan BR1M?”.
Program “Sepetang Bersama Perdana
Menteri” di Kelab Eksekutif Klang anjuran Mubarak ini dihadiri oleh
kira-kira 2000 ahli UMNO, yang sebahagian besarnya adalah dari kalangan
veteran UMNO.
Turut hadir dalam majlis itu ialah
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Yang
Dipertua Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, Tan Sri Abu
Hassan Omar.
Sebelum itu, di sebelah paginya pula,
Perdana Menteri Najib Razak telah bersama-sama kira-kira 15 ribu rakyat
Johor Darul Takzim, yang turut menyatakan sokongan mereka terhadap
pentadbiran dan kepimpinannya.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment