Wednesday, May 20, 2015
Speaker Letak Jawatan: Pembohongan Memang Berlaku
EDITOR MENULIS...
19 MEI 2015
Isu ini sepatutnya mudah saja, Tun
Mahathir kata Speaker SUDAH letak jawatan (siap sebut diganti dengan
Timbalannya), Speaker pula tak berapa jam selepas itu kata, TAK letak
jawatan dan buktinya beliau masih menjalankan tugas itu bila sidang
Dewan Rakyat dibuka semalam.
Jelas disitu pembohongan memang wujud.
Speaker kata tidak ada siapa berbohong petang tadi kerana saya
percaya beliau mungkin belum lihat apa yang dicakapkan Tun Mahathir di
Perak tempoh hari.
Soal dah hantar surat letak jawatan atau
tidak (kemudiannya tidak diterima), itu cerita lain, soalnya sekarang
Speaker SUDAH letak jawatan atau tidak seperti yang diumumkan Tun
Mahathir? Tidak, jadi apa yang nak pertahankan lagi?
Lagipun apa isunya Tun Mahathir berbohong, ini kali pertama ke?
Selama berpuluh tahun sejak hujung 1985,
kita diberitahu bahawa Tun Mahathir berada di China pada hari pasukan
keselamatan menyerbu dan menembak mati 14 orang penduduk kampung di
Memali, walhal rupanya dia berada dalam negara – yang buka rahsia pun
bukan orang lain, Timbalannya pada waktu itu juga, Tun Musa Hitam.
Begitu juga dalam hal George Soros
sebagai penyangak matawang yang hampir memufliskan negara dalam krisis
1997. Tahun 2012, Tun Mahathir dengan mudah mempercayai penafian George
Soros bahawa dia terbabit dalam krisis tersebut.
Jadi yang Tun Mahathir tuduh Soros pada mulanya tu bukan bohong ke? Bukan sehari dua punya bohong tu, berbelas tahun lamanya.
Kalau 2 kes itu terlalu lama, baru-baru
ini di Perak, Tun Mahathir mengubah status RM 42 billion hutang 1MDB
daripada hilang (tak dapat diperolehi kembali) kepada hutang (dapat
diperolehi kembali).
Tukar macam itu saja kenyataan, tidak ada rasa
bersalah sama sekali.
Pendek kata, terima hakikat itu (Tun
Mahathir berbohong) dan teruskan apa yang nak dibuat selepas ini sebab
saya melihat isu membabitkan Tan Sri Pandikar Amin dan Tun Mahathir
ini lebih besar dari siapa bohong atau tidak.
Apakah bendanya, tunggu…..
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment