Sunday, May 24, 2015
RMK-11 : Pengumuman Projek Mega Di Kelantan Bukan Gula-Gula Politik
22 Mei 2015, Tumpat : Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd
Rosdi Ab Aziz menyifatkan pembentangan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11)
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah satu
kesinambungan tradisi pembelaan rakyat.
Jelas beliau, ianya merupakan satu perkara yang sememangnya dilakukan
sejak dahulu lagi oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) tanpa sifat
pilih kasih samada negeri itu milik BN mahupun dikuasai oleh
pembangkang.
“Sejak dulu lagi kerajaan pusat sentiasa membantu semua negeri
termasuklah negeri pembangkang contohnya Kelantan yang dipimpin oleh
Pas. Cuma bentuk bantuan yang dihulur tidak dihebahkan maka ada pihak
yang tidak bertanggungjawab menuduh kononnya kerajaan pusat tidak bantu
negeri pimpinan pembangkang dan ia dijadikan isu politik secara negatif.
“Pada pembentangan RMK-11 ini, barulah ianya diumumkan secara terbuka
dengan bentuk bantuan yang lebih baik,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyenaraian
tiga projek pembangunan mega di negeri Kelantan dalam RMK-11 iaitu
pembinaan lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai, pembesaran Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dan tebatan banjir.
Rosdi juga menyifatkan bahawa pengumuman ini sekaligus membuktikan
bahawa kerajaan sentiasa komited dan memberi komitmen yang tinggi di
dalam memajukan Kelantan.
Oleh itu jelasnya, rakyat negeri ini harus bersyukur atas keprihatinan kerajaan persekutuan pimpinan BN.
“Pengumuman ini bukanlah satu bentuk umpan atau gula-gula politik
demi meraih kepercayaan rakyat tetapi inilah tanggungjawab kerajaan
persekutuan. Contohnya pembesaran lapangan terbang bukanlah kali pertama
dilakukan namun kali ini ianya dibuat lebih baik atas faktor keperluan.
“Apa yang pasti, Perdana Menteri tidak mahu negara ini digelar negara
maju pada 2020 tetapi ada negeri yang sebenarnya masih tidak maju.
Kerana itulah, seboleh mungkin kerajaan pusat mahu semua negeri seiiring
membangun agar Malaysia benar-benar menjadi negara maju,” ujarnya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment