Wednesday, May 20, 2015

Kabinet Bayangan : Sekadar Skrip Ulang Tayang Yang Penuh Bayang-bayang

20 Mei 2015, Kuala Lumpur : Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menegaskan, bahawa kabinet bayangan pakatan pembangkang yang bakal dipersembahkan kepada rakyat merupakan satu lagi taktik lapuk dan skrip ulang tayang pakatan pembangkang untuk mempengaruhi pemikiran rakyat di negara ini.

Menurut Ruslan, kabinet bayangan ini juga merupakan satu pendekatan untuk menutup segala konflik dalaman yang berlaku antara ketiga-tiga parti tersebut yang kini dilaporkan dalam keadaan yang agak kritikal.

“Bagi saya, inilah antara kelebihan yang ada pada pakatan pembangkang yang cukup arif dalam mencipta persepsi serta begitu licik untuk memberikan harapan palsu kepada rakyat di negara ini.

“Ini semua taktik lapuk pihak pakatan rakyat untuk mengelabui mata kita semua, antaranya adalah untuk memperlihatkan kononnya hubungan antara mereka masih utuh dan mampu untuk mentadbir negara dengan barisan dengan kepimpinan yang ditampilkan melalui kabinet bayangan ini.

“Sedangkan hakikatnya kita tahu mereka kini sedang berantakan sesama sendiri terutamanya dalam isu hudud yang sedang diusahakan oleh kerajaan Kelantan untuk dilaksanakan di negeri tersebut,” tegas beliau kepada UMNO- Online di sini hari ini.

Tambah beliau, rakyat perlu berwaspada dengan segala janji pihak pakatan pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang, namun apabila berkuasa maka segala yang dijanjikan itu tidak dikotakan.
11295642_862123680527627_4554840933332944255_n
“Pembangkang memang suka menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. Namun apabila mendapat kuasa, mereka buat-buat lupa janji mereka.

“Kita dapat lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang. Janji mereka untuk membantu rakyat dengan perumahan kos rendah hanya tinggal bayang. Dah dua penggal Dap memerintah, tiang rumah kos rendah pun tak nampak.

“Begitu juga di Selangor di mana isu loji air yang menjadi keutamaan rakyat sehingga kini masih tidak selesai. Malah, banyak lagi janji-janji mereka di dalam manifesto sehingga ke hari ini mereka tidak tunaikan,”jelasnya.

Keadaan yang sama berlaku di Kelantan. Setiap kali tiba pilihanraya, ada saja benda yang dijanjikan kepada rakyat contohnya seperti lebuhraya, ladang rakyat dan bermacam-macam lagi, namun satu pun tidak menjadi realiti, ujarnya.

“Jadi saya minta agar rakyat janganlah terpengaruh dengan apa juga harapan yang diberikan oleh mereka kerana harapan tersebut hanyalah palsu belaka.

“Mereka hanya tahu berjanji untuk membuatkan rakyat terpengaruh lalu memberikan undi kepada mereka dan apabila mendapat kuasa, kebajikan rakyat diabaikan begitu saja.

“Golongan ini seperti yang saya sebutkan tadi, mereka hanya menggula-gulakan rakyat dengan harapan palsu mereka itu demi untuk kepentingan matlamat politik peribadi serta kepartian mereka saja, dan bukan untuk kepentingan rakyat semata-mata,” akhiri beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment