Monday, May 25, 2015
Dap ‘Menghalau’ PAS Keluar Pakatan.
DAP Terus Desak PAS Keluar Pakatan
26 Mei 2015, Kuala Lumpur : DAP sekali lagi dengan secara terbuka mendesak Pas keluar daripada
pakatan pembangkang dengan alasan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dilihat seolah-olah ‘berjasad pembangkang tapi berhati UMNO’.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng berkata, tidak
mustahil bagi pakatan pembangkang untuk berpecah dalam masa terdekat
ini iaitu antara dua minggu atau mungkin lebih lama lagi.
Katanya, perkara tersebut berpunca daripada tindakan Abdul Hadi yang
tidak menghadiri kempen dan menyatakan sokongan terhadap Datin Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru
ini.
“Jadi, kenapa dia (Abdul Hadi) hendak menyusahkan diri? Jika dia ada
hasrat (keluar pakatan pembangkang), keluarlah,” katanya kepada
pemberita di Parlimen di sini hari ini.
Sebelum ini, Guan Eng meminta Abdul Hadi keluar daripada pakatan
pembangkang jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang
Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993
(Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP tidak mempersoalkan hak
demokrasi Abdul Hadi untuk membentangkan apa-apa usul di Parlimen, namun
beliau perlu berbuat demikian sebagai seorang Ahli Parlimen dan bukan
anggota pakatan pembangkang.
Ahad lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiga parti
komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas, tidak akan
wujud lagi dalam tempoh dua minggu yang sekali gus menggambarkan pakatan
tersebut kini di ambang perpecahan.
Ditanya berhubung kelangsungan pentadbiran pembangkang di Selangor
sekiranya berlaku perpecahan tersebut, Guan Eng berkata: “Jika terjadi,
Abdul Hadi perlu membuat keputusan.”
Kata beliau, perkara itu memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN)
memiliki sokongan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas terhadap Wan
Azizah.
“Sehubungan itu, pembangkang ada setengah daripada kesemua ADUN di
Selangor (menyokong Wan Azizah), jadi, jika pakatan berpecah, tidak
perlu kerajaan negeri dibubarkan,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment