Sunday, May 24, 2015
Tun M Pun Dapat Maklumat Salah, Hilang Tukar Hutang
EDITOR MENULIS...
24 MEI 2015
Saya sudah jelaskan awal-awal lagi
bahawa tidak ada apa yang menghairankan dengan pembetulan kenyataan
Perdana Menteri di Parlimen mengenai baki dana pelaburan 1MDB di Cayman
Island yang dibawa keluar untuk disimpan di Singapura, seperti yang
dikecohkan Tun Mahathir hari ini.
Aset atau tunai, yang penting nilainya
tetap sama. Contoh mudah, sijil simpanan premium (aset) yang bernilai
RM 500 (tunai), tetap bernilai RM 500 sekalipun pemegang sijil tak
nampak wang itu sehingga ditebus. Dah macam budak-budak pulak kena
jelaskan satu persatu.
Kalau Perdana Menteri nak berbohong,
beliau tidak perlu buat pembetulan di Parlimen, lagipun siapa yang tahu
perkara itu silap (Tun dakwa wang itu tidak ada/hilang, bukan soal aset
atau tunai), nak buat senyap pun boleh, tapi Perdana Menteri jelas
seorang yang jujur, betulkan juga walaupun tahu risikonya.
Jawapan disediakan oleh pegawai
kementerian dan 1MDB sendiri. Yang khilafnya ni orang-orang inilah,
bukan Perdana Menteri sehingga Tun Mahathir nak melalut ke penal code
apa segala.
Tun Mahathir pun baru-baru ini buat ‘pembetulan’ juga (cuma tak mengaku), dari dakwa 1MDB dan Perdana Menteri HILANGKAN wang negara sebanyak RM 42 billion (tak dapat diperolehi kembali), kepada 1MDB HUTANG RM 42 billion (boleh diperolehi kembali).
Sebelum itu, Tun Mahathir turut mengubah
jumlah hutang tersebut kepada RM 27 billion sebelum menaikkannya semula
kepada RM 42 billion. Sekarang dah hutang pulak, mana satu betul,
ramai orang pening lagi ni tapi tak pentinglah tu cuma kenapa yang itu
tak diperdebatkan, yang pembetulan terbuka ini pulak nak dikecohkan?
Saya yakin, masa jadi Perdana Menteri
pun Tun Mahathir tidak melihat satu persatu kerja pegawainya. Sebab
itu banyak persoalan tidak terjawab sehingga sekarang contohnya siapa
arah 14 orang kampung di Memali dibunuh tahun 1985, kenapa saham MAS
nilai RM 3.68 sesaham kerajaan beli pada nilai RM 8.00 pada tahun 2002,
kenapa MISC diarah beli syarikat anaknya pada tahun 1997 dan sebagainya.
Serupalah dengan Datuk Seri Najib pun,
cuma dalam hal ini beliau terikat kepada jadual padat sebagai Perdana
Menteri, bukan nak sorokkan apa-apa. 10 tahun nanti kalau ada sesiapa
debatkan hal ini, ada rekod jawapan dari Perdana Menteri dalam Google
dan Hansard Parlimen, taklah jadi macam persoalan-persoalan zaman Tun
Mahathir (rujuk para atas) yang masih belum terjawab sampai sekarang.
Tidak pelik kalau beliau bergantung
kepada pegawai kerana jadual tugasnya yang padat, lagipun apa bezanya,
aset dan tunai saja pun, nilainya tetap sama. Paling penting sekali,
dah sedar salah, betulkanlah, bukan tegak benang basah.
Sekurang-kurangnya, Perdana Menteri ada
keberanian buat pembetulan sekalipun sedar akan dikritik dan diputar
belitkan oleh orang seperti Tun Mahathir, maklumlah isu 1MDB sedang
panas, konon hutang banyak (walhal ada syarikat di Malaysia yang jauh lebih banyak hutangnya).
Yang Tun Mahathir berani ke nak mengaku silap pasal hilang dan hutang tu?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment