Friday, May 29, 2015

Mahu Percaya Fakta Atau Persepsi? Bergantung Pada Agenda Pihak Terbabit

29 Mei 2015, Kuala Lumpur : Setiap penerangan dan penjelasan yang telah diberikan oleh kerajaan ia akan menjadi suatu fakta atau persepsi adalah bersandarkan kepada niat seseorang individu itu untuk menerimanya, jelas penganalisis politik, Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam.
RAMLAHHHH
Menurut beliau, segala persoalan yang timbul sama ada daripada persepsi awal atau kekeliruan perlulah individu itu mendasari dengan tindakan yang rasional dengan mempertimbangkannya apabila telah dibuat penjelasan, begitu juga dengan pencerahan yang telah dibuat oleh kerajaan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau penerangan itu memang disertakan dengan bukti-bukti perkara yang munasabah maka kita harus menerimanyalah.

“Jadi bagi saya, apa sahaja yang diterangkan dan banyak perkara yang telah diyakinkan, dengan penubuhan satu jawatankuasa mengkaji 1MDB pelaksanaan dan sebagainya, dan lepas itu kita dapati audit negara juga membuat pemeriksaan atas isu ini.

“Jadi bagi saya, sebagai orang yang munasabah atau rasional akan menerima itu sebagai perkara yang positiflah tindakan-tindakan itu dan kita nantilah laporan-laporan dan sebagainya,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Tetapi wujud juga di dalam pemikiran dan jiwa sesorang itu masih ragu dan sememangnya tidak mahu perkara itu dijawab supaya membiarkan perkara itu salah, walhal penerangan-penerangan telah diberi untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman mereka, tambahnya lagi.

“Memberi mereka maklumat tetapi ada setengah orang boleh terima sebab dia memang hendak tahu, itu jenis orang yang munasabah maknanya rasional.

“Masih meragui nantilah laporan, tapi kalau laporan pun masih tidak boleh diterima, masih lagi nak mengatakan laporan itu salah, atau Perdana Menteri (PM) salah, Barisan Nasional (BN) salah, maka memang kamu takkan terima,” tegasnya lagi.

Justeru itu juga, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMap) itu berpandangan bahawa ia bergantung kepada niat yang sebenarnya, sama ada mahu menerima setiap penjelasan ataupun menafikannya bahkan ada yang bukan sahaja tidak menerima malahan mengalihkan kepada isu yang lain pula.

“Jadi persepsi ini bergantung kepada niat dia dan dia punya agenda, bagi saya pembangkang tiada agenda untuk menerima kebenaran daripada BN, kerajaan mahupun PM.

“Mereka memang suka besarkan perkara-perkara itu sebab memang itu agenda mereka untuk menjatuhkan kerajaan BN, hendak burukkan kerajaan.

“Sepatutnya mereka terima macam dia terima penerangan perkara-perkara lain, kenapa boleh terima penerangan yang lain misalnya tetapi tidak boleh terima penerangan 1MDB?,” soal beliau.

Beliau seterusnya berkata sememangnya tugas kerajaan untuk menjawab segala persoalan yang ditimbulkan dan tidak perlu takut kepada isu-isu yang timbul kerana sememangnya pembangkang bergantung kepada isu-isu yang menyalahkan kerajaan.

“Kerajaan tidak menyembunyikan apabila sesuatu ditimbulkan, kerajaan menjawab kerana kerajaan telus dan terbuka,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan kehairanan mengenai penerimaan segelintir masyarakat yang lebih percaya bulat-bulat kepada isu-isu negatif yang menyentuh kerajaan terutama yang dipersembahkan di media sosial tanpa menyelidiki dan menyiasat, tidak seperti penerimaan sesuatu perkara apabila menyentuh individu itu sendiri yang serta-merta diminta bukti.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment