Tuesday, May 26, 2015

Kalau Ada Menteri Masih Tak Faham Isu 1MDB Tak Tahulah - Shahrir

Hanya Dakwaan Ku Li, Kabinet Tak Faham Isu 1MDB
26 Mei 2015, Kuala Lumpur : Kenyataan veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah tentang ahli kabinet yang masih lagi tidak faham mengenai 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya dakwaan beliau semata-mata.
shahrir
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, ini kerana perbincangan telah dibuat bersama seluruh ahli kabinet sekaligus menolak dakwaan Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Itu dakwaan dia, kalau ada menteri yang betul-betul tak faham tak tahulah, tapi perbincangan pernah berlaku. Sebab itu ada keputusan supaya dirujuk perkara ini kepada penyiasatan PAC, kalau ada keputusan ahli Kabinet kata dia tak faham, apa yang tak fahamnya? Jadi pada saya ini hanya dakwaan sahaja,”katanya ketika ditemui di Parlimen, Selasa.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas menteri kewangan itu yang mempersoal masih terdapat ahli kabinet yang tidak faham mengenai isu 1MDB.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata prinsip Kabinet adalah tanggungjawab yang seharusnya dipikul bersama kerana sesuatu pendirian yang dicapai adalah keputusan yang kolektif.
“Itu memang prinsip kabinet, kita diberi ruang untuk bertanya dan berbincang sampai puas hati, boleh pergi lagi sekali jumpa Perdana Menteri kalau tak faham, tanya lagi Menteri Kewangan, cuma asasnya adalah tanggungjawab bersama dalam seluruh ahli kabinet,” jelasnya.
Dalam pada itu, dakwaan Tengku Razaleigh atau Ku Li terhadap ketua bahagian yang memperoleh wang sogokan RM50 ribu turut dinafikan Sharir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu.
“Tengku Razaleigh pun pernah dakwa macam-macam, dia kata ketua bahagian dapat RM50 ribu ringgit, mana ada, itu dakwaan dia, tak tahulah dia sebagai ketua bahagian dapat tiap-tiap bulan RM50 ribu, seronok juga saya dengar sebab dia pun ketua bahagian,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : BNBBC

No comments:

Post a Comment