Monday, May 18, 2015

Dari Pendekar Mustar Kepada Ahli Nujum…

nujum
EDITOR MENULIS...
19 MEI 2015

Amboi.. Mentang-mentanglah baru pulang dari tanah suci Mekah menunaikan umrah, lagaknya bagai menerima ‘wahyu’ dari Tuhan. Bahasanya bagai dialah yang tahu masa depan. Caranya macamlah telah dibuat kajian secara menyeluruh dan relevan untuk diguna pakai menjadi ramalan yang benar…

Saya benar-benar terkejut apabila beliau mendakwa telah membuat kajian sendiri sejak beberapa tahun sebelum ini. Dan berdasarkan kajian itu, beliau mendakwa bahawa BN akan tewas pada PRU ke-14 nanti sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi menjadi Presiden UMNO.

Saya mengharapkan kajian yang beliau maksudkan itu bukanlah dari kajian Merdeka Centre. Dan penulis harap sangat bahawa kajian beliau itu bukanlah hanya melibatkan seramai 1,000 hingga 10,000 orang responden sahaja. Manalah tahu…kan?

Boleh berikan pencerahan sejujur-jujurnya tentang kajian beliau itu? Apakah maklumat-maklumat yang sampai ke tangan beliau itu ‘accurate’ sifatnya? Bolehkah diguna pakai maklumat itu sebagai maklumat yang punya kreadibiliti? Maklumat dari manakah yang beliau dapat? Boleh dedahkan?

Dulu, pernah beliau ramalkan Anwar akan menjadi seorang Perdana Menteri. Teruk jugalah Allahyarham Sulaiman Palestin rayu supaya tidak bawa Anwar masuk ke dalam UMNO, tapi beliau tetap berdegil membawa masuk Anwar ke dalam parti keramat bangsa Melayu itu.

Dulu pernah juga beliau ramalkan kononnya Anwar akan menjadi penggantinya yang ‘superb’ hinggakan segala laporan yang benar tentang tabiaat luar tabi’i Anwar ditolak mentah-mentah. Kasihan juga pada beberapa Ketua Polis Negara ketika itu yang diperlekeh setiap kali membawa fail Anwar ke meja beliau. Dimalukan begitu saja…

Itu ramalan beliau tentang ‘anak emas’nya. Ramalan yang ketika itu menjadi sorakan ramai. 

Ramalan yang dulunya disokong seluruh dewan di PWTC. Ramalan yang kononnya benar-benar belaka. Entah kajian dari mana yang beliau gunakan ketika itu, kan?

Dan kali ini bukan calang-calang ramalan. Ramalan berdasarkan kajian setelah pulang dari rumah Allah. Sudah tentulah ‘benar-benar’ belaka. ‘Gila’lah siapa yang menafikan kajian dan ramalan yang dibuat sekembalinya dari tanah suci Mekah, kan? Umat Islam pastinya ramai yang percaya…

Tapi setahu saya, Islam melarang umatnya meramalkan sesuatu. Apatah lagi percaya kepada ramalan, bukan? Tidak disangka pula diakhir-akhir umurnya beliau begitu berminat untuk menjadi ‘tukang tilik’ yang mampu meramal masa depan, kan? Nujum Pak Belalang boleh berkawan dengan ‘Raja Bomoh’ nampaknya…

Saya rasa agak pelik. Mengapa beliau suka sangat tiru Pakatan Haram, suka sangat gunakan nama rakyat. Kononnya berjuang untuk rakyat. Benarkah berjuang untuk rakyat? 

Nampak zahirnya sahaja, yang di sebaliknya tidak mahu diceritakan, kan? Apa cerita di sebalik tabir? Boleh cerita?

Tentang surat yang beliau hantar pada Najib pun mahu dicerita pada umum? Kononnya Najib sembunyinya suratnya? Penulis benar-benar pelik. Saya yakin beliau pernah menerima ratusan ribu surat, envelop dan sebagainya sebelum ini dari ramai pihak. Kenapa tidak didedahkan tentang semua surat itu?
MUSTAR
Perlukah Najib war-warkan tentang surat dari beliau kepada rakyat seluruh negara? 

Pernahkah bekas Perdana Menteri itu dedahkan surat-surat yang beliau terima ketika berkuasa sepanjang 22 tahun dulu? Pernah dedahkan surat peribadi dari pihak yang mahu beliau letak jawatan dulu? Takkanlah tak pernah terima surat begitu selama 22 tahun?

Mungkin benar, beliau memang suka mengutus surat. Dulu di zaman Tunku Abdul Rahman pun, beliau yang utus surat suruh Allahyarham letak jawatan. Macam-macam beliau kutuk Tunku dulu dalam suratnya sebagaimana yang pernah Tunku dedahkan dalam satu wawancara dulu, kan?

Kata Tunku, beliau ungkit semua keburukan dan kesilapan Tunku. Saya terfikir, apakah sepanjang 22 tahun pemerintahannya dulu langsung beliau tidak melakukan kesilapan, kesalahan dan keburukan? Atau semua keburukan 22 tahun itu sengaja disembunyikan?

Boleh muhasabah diri dan dedahkan pada kami?

Saya tidak rasa beliau akan terima kesalahannya meskipun didedahkan oleh mana-mana pihak. Mungkin beliau sudah mencapai tahap ‘maksum’ di hujung usia senjanya ini. Saya hargai segala kebaikan dan kehebatannya selama 22 tahun, tapi agak mustahil jika beliau dikatakan tidak pernah melakukan kesilapan, kan?

Jadi, sudah-sudahlah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dengarlah pandangan orang yang sayangkan parti. Bukan beliau seorang saja yang sayangkan parti, kan? Jika ‘meriam’ di sana berhenti, maka barulah ‘pertahanan’ dan ‘meriam’ di sini berhenti berdentum. 

Begitulah adanya, kan?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment