Saturday, May 16, 2015
Ahli UMNO Perlu Fokus Ke Depan, Elak Terjebak Jerangkap Samar
15 Mei 2015, Kuala Lumpur : Ahli UMNO perlu fokus ke depan dan mengelakkan
diri daripada terjebak dengan jerangkap samar pembangkang dalam usaha
mengukuhkan lagi parti dengan berpaksikan kepada solidariti.
Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata dengan
langkah berkenaan apa jua yang mendatang dan apa jua jerangkap samar
yang menunggu sudah pasti akan dapat diatasi dengan jayanya.
Menurut beliau tidak ada gunanya menoleh ke belakang sebaliknya terus
maju ke depan membawa bersama solidariti untuk parti kerana itulah
ramuan terbaik bukan sahaja untuk mengukuhkan UMNO malah demi
kepentingan dan kekuatan Barisan Nasional (BN) itu sendiri.
“Kita melihatnya begitu…hari ini kita perlu fokus ke depan dan jangan
sesekali lagi toleh ke belakang kerana apa yang penting adalah gerak
kerja kita serta permuafakatan di dalam parti .
“Pihak lawan sentiasa memerhatikan kita malah mereka sentiasa
menunggu ruang untuk masuk dengan pelbagai perangkap dan sebagainya.
Sebab itulah apa yang penting jangan sesekali mudah terperangkap dengan
perkara sedemikian rupa.
“Kata kuncinya sudah pasti berbalik kepada solidariti…tumpuan dan
hala tuju kita adalah sama.
Fokus kita juga sudah tentu sama. Jadi
berpegang eratlah kepada kata kunci berkenaan kerana apa jua perangkap
dan apa jua yang timbul tidak mampu menggugat parti,” katanya kepada
UMNO-Online, di sini, hari ini.
Samsol yang juga ketua UMNO Ayer Hitam seterusnya menambah UMNO menjadi tumpuan kepada masyarakat umum.
“Yang berlalu biarkan terus berlalu. Sebagai parti yang
bertanggungjawab, tumpuan kita adalah untuk melaksanakan tugas serta
tanggungjawab kepada rakyat adalah yang utama. Penekanan kepada soal
berkenaan cukup penting.
“Sejajar dengan ulang tahun UMNO ke-69 yang baru disambut beberapa
hari yang lalu, marilah kita sama-sama kekalkan muafakat dan elakkan
daripada terperangkap dengan mainan politik yang boleh menjejaskan
parti. Fokus ke depan bersama misi parti,“ ujarnya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment